Suka Cerita Bff-Inspiration?Silalah LIKE!

Friday, November 22, 2013

friends



image from en. G00gle

Saturday, October 19, 2013

Pertemuan Bff-Inspiration

Assalamualaikum....

Kembali lagi aku menulis di sini.  Tidak mahu blog ini terkubur begitu sahaja.  Kawan-kawan sibuk.  Tak boleh nak menulis.  Biar aku sahaja yang menulis di sini.  Ini kisah dua minggu lepas di mana kami bertiga bertemu atas satu tujuan.  Mahu meraikan si myra yang menyambut hari ulangtahun kelahirannya yang ke **.  Masih lagi 20an.  Aku sahaja yang sudah ke angka tiga.    Di mana pertemuannya?

Kami bertemu di sini.  Nando's di Aeon Ayer Keroh.

Si tua dan si muda.  Hehehe...Perbezaan lapan tahun tidak menghalang kami untuk berkawan.

Myra dan Deqno.  Hijau keduanya mengikut warna tema blog.  Hehehe..

Dengan ini sesi memotong kek.  Eh bukan memotong ayam.

Inilah menu untuk kami bertiga.

Sebelum meninggalkan Aeon, kami minta pekerjanya untuk ambil gambar kami.  Sweet memory for us!!Lepas ni celebrate besday bulan 12 nanti.  InshaAllah...

Thursday, September 26, 2013

Sebuah Pengharapan

Di saat diri ini kosong
Tercari-cari akan sesuatu
Yang masih belum digapai
Pasti jiwa meronta-ronta

Usah berpaling ke belakang
Terus mara ke hadapan
Dalam mencapai sebuah harapan
Azam pasti sentiasa tersemat

Gagal bukan melemahkan diri
Putus asa bukan ubatnya
Usaha adalah penawar sebenar
Demi sebuah impian diri
Agar ia dalam genggaman

Nukilan : Qaseh Qistina

Thursday, September 19, 2013

Bab 7: Kisah Cinta Kita


            Hari ini adalah hari pertama aku memulakan kuliah untuk semester akhir.  Setelah menamatkan latihan praktikal, aku kembali ke sini bersama dengan kawan baikku, Melisa Medina.  Gembira rasanya bila dapat berjumpa rakan-rakan yang sudah lama tidak bertemu membuatkan aku hilang rasa sedih, rindu bila berjauhan dengan ibu dan abah.  Pejam celik sudah hampir tiga tahun aku berada di sini.  Negeri Perak Darul Ridzuan yang pada mulanya aku terasa berat hati untuk ke sini.  Tetapi atas desakan dan pujuk rayu ibu, ayah serta abang Ridzuan akhirnya aku menjejakkan kaki juga. 

      Tetapi ada satu yang tidak boleh aku lupakan.  Aku sendiri tidak mengerti kenapa aku perlu mengingatnya.  Dia sering bermain-main di minda.  Di mana-mana sahaja pasti bayangannya muncul.  Malah juga di dalam tidurku.  Angaukah aku?Tidak mungkin.  Teringat akan senyuman dia walaupun sesekali muncul wajah seriusnya.  Itu yang selalu terbayang diminda bagaikan pita rakaman yang dimainkan secara berulang kali.  

         “Hoi Syira..!!Apa yang kau menungkan tu?” Sergah Melisa yang membuatku tersedar daripada lamunan.

          “Ish..kau ni Melisa. Terkejut aku tau.  Janganlah sergah-sergah macam tu..kau nak aku mati cepat ke?” Marahku sambil tanganku pantas menampar lembut pada kaki Melisa yang baru sahaja ingin melabuhkan punggungnya bersebelahanku.

           “Ye..lah kau tu berangan tak ingat dunia, apa masaalah kau ni? cerita cepat..!Dari tadi aku tengok kau menongkat dagu seperti memikirkan sesuatu.  Ada apa-apa yang bermain di fikiran kau ke?” soal Melisa dengan dahinya sedikit berkerut. 

           “ Tak ada apa-apa la…” aku cepat-cepat menggelengkan kepala bagi menyakinkan Melisa.

          “Ye lah tu, tak apalah.  Orang tak nak kongsi dengan kita.  Soroklah macam mana pun mesti aku dapat tahu punya.  Tunggu la…” kata-kata Melisa yang berbaur mengugut.  Sememangnya dia begitu.  Pantang kalau aku berahsia apa-apa dengannya.  Mengamuk sakan nanti.  Teringat suatu peristiwa dulu masa aku berada di semester dua, seorang abang senior yang mahu berkenalan denganku.  Abang seniorku itu ada memberi aku sekeping nota perkenalan, namun tidak aku ceritakan pada Melissa.  Akhirnya terkantoi juga apabila Melissa menjumpai nota yang aku selitkan di dalam buku Perbankan Islam.

          Namun aku tidak menghiraukan semua itu.  Bebelan Melissa masih kedengaran di hujung telinga.   Aku hanya diam tidak berkutik.  Rasanya tidak perlu aku luahkan tentang perasaanku tika ini kerana aku sendiri tak pasti.  Rasanya tidak perlu wujud perasaan sebegitu dalam hati aku.  Dia adalah tunangan orang.  Tidak manis aku mengingati tunangan orang walaupun bak kata orang suami orang pun boleh dirampas, apa entah lagi baru bertunang.  Oh tidak!Oh tidak!Tidak akan aku bergelar perampas!Kumbang bukan seekor, bunga bukan sekuntum.  Dan yang paling penting aku kena sedar yang Irshad tidak pernah memberi harapan malah dia adalah orang yang paling ANTI aku.  Kalau pun dia berbuat baik dengan aku pun mesti bersebab.  Tidak lebih daripada itu.

         “Tolong sedar diri Syira..!!Lupakan dia…!Tak ada apa yang kau nak ingat..fokus untuk habiskan belajar je.  Perkara lain tolak ketepi.”  Jerit Syira di dalam hati.  Kalaulah jeritan itu boleh didengari Melissa di sebelahku, mahu sahaja dia terkejut beruk.  Aku tersenyum sendiri. 

            Bahuku ditepuk perlahan.  Rupanya makcik sebelah aku yang menepuknya.  Hilang lagi lamunanku.
‘Kacau daun betul.  Baru nak berkhayal.’  Bisik hati Syira

            “Woi, mak cik.  Kau mengelamun lagi.  Ini memang sah..parah betul penyakit kau ni..Cepatlah makan kuih ni.  Penat aku beli..”  Melissa sudah menghulurkan plastik merah kepadaku.

“Kuih buah Melaka..!?” jeritku seraya mengeluarkan kuih dari plastik.

           “Ye lah..Kau dah kenapa..?Pandang macam tak pernah tengok kuih ni je, kau tak makan ke?” soal Melissa ragu-ragu dan penuh kemusyilan.
Aku menggaru-garu kepala yang tidak gatal.

            “Taklah aku makan.  Tiba-tiba teringat seseorang.”  Jawabku acuh tak acuh.

          “Habis tu..!Tapi kau ingat dekat siapa ye?”  soal Melissa lagi ingin tahu.  Dia masih menanti dengan penuh harapan supaya aku bercerita.

            “Encik Irshad..Dia suka makan kuih ni..” Spontan jawapan itu keluar dari mulutku.

           “Syira, esok awak belikan kuih buah melaka tu lagi ye.”  Pesan encik Irshad suatu petang selepas aku memberi padanya beberapa kuih buih melaka yang aku beli di gerai makcik Senah berhampiran kawasan perumahanku.

         “Sedap betul.  Saya suka makan sebenarnya.  Mak saya rajin juga buat.”  Cerita encik Irshad walaupun tidak diminta.  Aku mendengar sahaja.  Dah orang mahu bercerita, layankan sahaja.

            “Irshad..?Oh..Inilah sebabnya kau termenung bagai..Kau syok dekat dia ke?Baik kau cerita dekat aku sekarang.  Tak payah nak sorok-sorok dengan aku lagi.  Are you falling in love?”

           Aku membuntang mata saat Melissa mengatakan samada aku menyukai pada Irshad.  Tidak mungkin.  Tapi...entah aku sendiri pun tak pasti dengan apa yang aku rasa.

      “Tak ada apa-apalah.  Kau pun tahu kan yang dia dah bertunang kan? jadi…” kata-kata aku terhenti disitu.

       “Jadi sekarang kau rasa yang kau tak mungkin dapat dia..tapi kau ada hati dekat dia kan?” Tanya Melisa dengan nada penuh serius masih mahukan jawapan pasti daripadaku.

      Aku hanya mampu mengangguk lemah untuk mengiakan tekaan Melissa.  Selagi aku tidak memberi jawapan padanya selagi itu dia akan tetap bertanyakan hal itu.  Buntu!

      “Kenapa kau tak cuba cakap pada dia apa yang kau rasa?Mana tahu dia ada rasa yang sama dengan kau..?”

        “Aku..??Nak cakap dengan dia yang aku suka dekat dia?Tak mungkin la...dah sah-sah aku ni bertepuk sebelah tangan.  Dia dah bertunang la..tak akan lah aku nak korbankan perasaan orang lain untuk jaga perasaan aku? Kalau dia terima aku tak apalah , kalau tak macam mana? tak…tak boleh..aku tak nak lagi rasa kecewa, biarlah kali ini cinta itu yang datang sendiri pada aku. Aku percaya yang tuhan dah tentukan jodoh yang terbaik untuk aku.”panjang lebar penjelasan aku kepada Melisa.

          “Lagi satu, takkan aku nak jadi perigi cari timba pula.  Kau betul ke tidak ni?Kawan aku ni tak waras suruh aku buat macam tu.”  Tanganku sudah diletakkan di dahi Melissa.  Pantas sahaja dia menepisnya.  Melissa memuncungkan mulutnya.

              “Ye..Jodoh tu ditangan tuhan tapi jodoh tu kena usaha juga kalau nak dapatkan dia.  betul tak?” soal Melisa kepada aku kerana dia seakan tidak berpuas hati dengan jawapan yang aku berikan.  Masih tidak mahu mengalah.  Dia kalau bercakap memang mahu menang sahaja.

             “Itu kalau orang tu suka juga dekat kita.  Ini bertepuk sebelah tangan, lagi pun dia tunang orang la Melisa..dah  kau tak payah tanya banyak-banyak.  Aku memang dah buat keputusan muktamad yang aku akan lupakan dia.  Lagi pun dia dah jadi sejarah je kut.. Sejak dia hantar aku balik masa kita orang keluar sama hari tu, dia tak pernah contact aku pun. Nampak sangat kan yang dia tak perlu aku dan aku pasti dia dah cukup bahagia dengan tunang dia tu.”  Kataku lemah.

              “Tapi..” kata Melisa yang masih ingin aku berbuat sesuatu supaya cinta aku berbalas.

            “Tak ada tapi-tapi lagi…cukup la aku tak nak fikir lagi.  Apa yang aku tahu nak habiskan belajar yang tinggal tak berapa bulan ni.  Lepas tu kerja dah akhir sekali aku baru fikir hal kahwin.  Tapi tak tahulah kalau ada orang meminag aku awal, awal lah aku kawin..” Seloroh aku kepada Melisa untuk memecahkan keresahan yang ada di dalam hati aku ini.  Aku tersenyum kelat. 

            “Kau pasti..?Aku nak kau tahu aku ada bila-bila masa kalau kau nak cerita atau apa-apa pun kau boleh cari aku janganlah pendam sorang-sorang..kata kawan kena lah share..”  Melissa sudah tersenyum riang.

        Mendengarkan kata-kata Melisa tadi membuatkan aku rasa akulah orang yang sangat beruntung kerana mempunyai sahabat yang sejati.  Dia sentiasa ada di saat aku susah dan senang.  Sentiasa bersikap prihatin terhadap diriku.  Bila aku berada dalam keresahan, dia pasti bertanya.  Seolah-oleh dapat membaca isi hatiku.

           “Ya..aku sangat-sangat pasti..Aku akan cuba lupakan dia.  Itu adalah penyelesaian yang terbaik untuk masalah aku ni, perasaan ini tak patut pun wujud dari awal lagi dan disebabkan itu juga aku dah suruh ibu carikan jodoh untuk aku senang tak payah nak pening-pening nak cari kan..?”

   Melissa sekadar tersenyum mendengar kata-kataku.  Senyuman yang agak sinis darinya sambil mengerlingkan matanya terhadap aku.  Mungkin dia tidak mempercayai setiap bait kata-kataku.

    “Agak-agaklah kalau kecewa pun tak payahlah buat keputusan sampai macam tu sekali..”  kata Melissa seraya bangun dari kedudukannya dan berlalu meninggalkan aku terpinga-pinga.

     “Tak percaya pulak..!Tapi yang aku cakap pasal suruh mak aku cari jodoh tu betul tau..” jerit aku kepadanya yang sudah beberapa langkah meninggalkanku.

       Melisa tidak menghiraukan kata-kataku dan terus mengatur langkahnya.  Mungkin dia tidak percaya dengan apa yang aku katakan namun itulah yang hakikatnya. Walaupun aku tahu apa yang diucapkan bukanlah lahir daripada hati dan pemikiran yang waras. Namun, itu sahaja langkah yang terbaik yang sepatutnya aku ambil sebagai perisai kepada hati aku agar tidak terus terluka.  Aku bangkit dari duduk dan terus berlari-lari anak mengejar Melissa yang sudah menjauh.





Wednesday, September 18, 2013

Bersahabat Tanpa Batas Umur...

Bab 6 : Kisah Cinta Kita

ASSALAMUALAIKUM...

       Setelah seharian berjalan dan membeli-belah, kini masanya untuk Irshad menghantar aku pulang. Dalam perjalanan pulang aku terasa begitu letih.  Mahu sahaja dilelapkan mataku ini.  Namun ada satu persoalan yang bermain diminda.
Encik…kalau saya tanya sikit boleh tak?” Tanyaku kepada Irshad yang ketika itu sedang kusyuk memandu.
Nak tanya apa? Tanya je la..”jawab Irshad yang masih meneruskan pemanduannya.  Tanpa menoleh ke arahku di sebelahnya.
Kenapa encik takut sangat kalau saya bagi tahu yang encik salah masuk tandas hari tu?Bukan apa pun kan?Sampai sanggup encik belikan dan belanja saya macam-macam..”
Mestilah takut. Saya kena jaga reputasi saya..agak-agak awak la apa yang dia orang akan buat bila dengar cerita saya termasuk toilet perempuan tu? mesti punya diaorang gelakkan saya guling-guling memang tak lah kan? ” persoalan yang berbalik terhadap aku
Aku hanya mampu senyum mendengar penjelasan yang di berikan olehnya.
Syira..boleh saya tanya sikit?Hal ini agak peribadi tapi kalau awak tak nak jawab pun tak apa..”  kata Irshad dengan suara mendatar.
Busybody jugak encik ni ek??: kataku spontan membuat Irshad diam seketika.

"Tak adalah.  Saya bergurau je kut.  Tanyalah.”  sambungku lagi seakan memujuk.  Mungkin dia terasa dengan kata-kataku.
Awak tak ada kekasih hati atau someone special??” Tanyanya sambil mengenyitkan mata kepada aku.
Ow…emmm…dulu penah adalah…tapi sekarang dah tak lagi..” jawabku sambil membelek-belek telefon yang berada di tangan.
Sebabnya dan tak nak cari pengganti ke..?”
Adalah..malas nak cakap benda yang dah lepas.  Lagipun malas nak fikir.  Buat tambah sedih buat apa…pengganti ea…kalau nak cari pengganti pun bukan pengganti ‘boyfriends’ tapi saya mencari seorang lelaki yang boleh dijadikan suami terus.. saya tak nak lagi dah rasa kecewa putus cinta ni..kalau pilihan ibu dan abah pun saya terima bak kata orang kalau pilihan ibu bapa ni berkat, tak ada mak ayah yang nak tengok anak dia derita jadi kalau dia pilih mesti yang terbaik.” panjang lebar penjelasan yang aku berikan dan ianya adalah yang sejujurnya dari hati aku.
Dari riak wajahnya, dia seakan teruja dengan apa yang aku katakan tadi.
Walaupun awak tak kenal..?” memandang kearah dengan penuh tanda tanya.  Seperti mahukan suatu kepastian.
Ya…kalau ibu abah setuju jadi saya pun setujulah saya akan buat apa sahaja janji mereka gembira..” aku menjawab sambil senyum kearah nya.
Emm..uhhh..” itu sahaja yang keluar dari mulut Irshad sambil tersenyum.
Sedang asyik berbual-bual hingga tidak sedar bahawa kereta Irshad sudah diberhentikan di hadapan rumah aku.  Tiba-tiba hati ini terasa berat untuk aku melangkah keluar.
Sebelum turun Irshad sempat memberikan satu kotak yang berisi bebola salji yang terdapat perkataan love yang berwarna merah. Aku hanya merenung kearahnya mencari jawapan disebalik pemberiannya itu. Namun semua itu aku pinggirkan setelah aku melihat ibu dan abah yang sudah berdiri di muka pintu.
Ok lah encik…terima kasih jangan risau ye. Rahsia encik selamat…” kataku sambil tergelak kecil lalu keluar dari kereta.
Betul selamat..? sama-sama, cukup tak tu kalau tak cukup saya beli kan lagi?” katanya yang cuba memerli aku.
Ya..selamat, kalau tak cukup saya mintak lagi bukan susah pun..” aku menundukkan badanku sedikit lalu menjawab sekadar mahu membalas kata-katanya.
Irshad tersenyum sinis mendengar kata-kata aku..
Saya balik dulu ye pakcik, makcik dah malam ni..” Irshad yang turun bersalaman dengan abah dan ibu yang kini sudah berada betul-betul di hadapan pintu pagar.
A’ha… baik-baik bawa kereta” jawab abah aku.
Selepas bersalaman, Irshad kembali ke dalam kereta.  Pedal minyaknya ditekan dan kemudian keretanya hilang dari pandanganku.

Wednesday, August 28, 2013

Hari Raya Kami

Assalamualaikum...

Blog ini kembali bersiaran setelah beberapa minggu dibiarkan kesunyian.  Blog ini masih belum dapat meneruskan misi utamanya.  Masih dalam proses untuk meneruskan apa yang sepatutnya.  Doakanlah semoga dipermudahkan...

Buat tatapan kami sendiri.  Ini adalah gambar kami semasa raya bersama keluarga masing-masing.



Rujukan
http://apen-idariana.blogspot.com
http://keretabiru03.blogspot.com
http://mrsupham.blogspot.com

Monday, August 12, 2013

Salam Aidilfitri

Salam semua buat pembaca blog ini....(ada ke?)  Tak kisahlah ada atau tidak yang pasti ingin ucapkan Salam Aidilfitri buat semua yang singgah di sini.  Kami menyusun sepuluh jari andai ada yang tersinggung perasaan sepanjang membaca blog ini...Kemaafan dipinta daripada kalian...

Dam dam dum bunyi mercun
Suasana syawal pasti meriah
Salam lebaran kami ucapkan
Sebagai tanda salam ukhwah...

Sekian....                                                                                                                                     


Wednesday, July 24, 2013

Pertemuan Sebelum Bulan Ramadhan

Assalamualaikum...

Selamat pagi semua...Setelah beberapa hari penulis-penulis di blog ini menyepi barulah hari ini salah seorangnya kembali menulis di blog picisan ini.  Masing-masing sibuk dengan komitmen harian tetapi aktiviti berblogging tetap dihati.

Kisah cinta kita terpaksa dihentikan seketika kerana penulisnya begitu sibuk.  Pada sesiapa yang pernah terbaca mengenai Kisah Cinta Kita haraplah bersabar.  Bebralik kepada tajuk, kisah pertemuan singkat antara kami bertiga tempohari beberapa hari sebelum puasa.  Just pegi makan dan balik.  Memang kejap sebab masa yang begitu terhad.  Tak apa, nanti raya kita gather ye dan kembali fokus kepada cerita itu.  Semoga dipermudahkan...

Jom tengok gambar kita orang yang dicilok dari blog INI.  Sori ye tuan punya blog!!Berani nak marah.  Hehehe...

Kami bertiga dan terselit si kecil ni, Nayli Firzanah.  Anak kepada gambar di atas sebelah kiri tu.

Mencari ini sebenarnya.  Makan wan tan mee di jusco baru.

Inilah Nayli Firzanah.

Dan ini pula maknya.

Lepas dah settle makan wan tan, kami ke BR pula.  Betul-betul makan hari tu. 

Sekian...

Tuesday, July 9, 2013

Selamat Berpuasa Daripada Bff-Inspiration


Assalamualaikum kengkawan semua...

Salam pembuka bicara buat kawan-kawan yang sudi singgah di blog picisan kami bertiga.  Memandangkan esok kita umat Islam akan menjalankan ibadah puasa, di kesempatan ini kami bertiga ingin mengucapkan selamat berpuasa buat semua.  Semoga dapat menjalani ibadah ini dengan sempurna.  InshaAllah. 

Tepung pelita menjadi pilihan
Dijadikan juadah buat berbuka
Bff-Inspiration sekadar mengingatkan
Berbuka puasa biarlah berpada

Syaaban pergi meninggalkan kita
Tanda ramadhan berkunjung tiba
Umat islam diseru berpuasa
Menunaikan rukun islam yang ketiga

Seri ayu sedap rasanya
Lembut dan gebu itulah yang disuka
Selamat berpuasa buat semua
Dari Bff-Inspiration kami bertiga




SeLaMaT dAtaNg bUlaN rAmAdHaN!!!


aSsALamUaLaIkUm.....


yeay!!!esok puasa....
syukur alhamdulillah aku masih lagi diberi peluang untuk menjalani ibadah puasa
di bulan ramadhan yang mulia ini...
apabila bulan Ramadhan menjelma, terasa lain sgt kan..
perasaan tu sgt sukar di ungkapkan...
dikesempatan ini, aku ingin mengucapkan selamat menjalani ibadah puasa 
kepada seluruh umat Islam...
dikesempatan ini juga aku ingin memohon maaf jika ade kesilapan yang sengaja @ tidak 
sengaja kepada sesiapa sahaja yang aku kenali...
marilah sama-sama kite meningkatkan amalan di bulan yang mulia ini....



sekian.....wassalam...


bagi yang free sgt tu, jgn lupe pergi solat tarawih yer!! :P
N.F.A

Monday, July 8, 2013

Novel : Sebenarnya Saya Isteri Dia

Assalamualaikum...

Selamat pagi isnin.  Oleh kerana hari ini hari isnin marilah kita amik mood dulu sebelum melakukan kerja untuk hari ini.  Pagi ini aku nak kongsikan novel yang bertajuk Sebenarnya Saya Isteri Dia.  Salah satu koleksi novel yang aku ada.
Oleh sebab drama bersirinya yang sudah pun berakhir pada jumaat lepas, pagi ini masih lagi mahu berceritakan tentangnya.  Ending yang sangat best.  Suka dengan watak Firash dan Syaf!Novel ini juga best.  Tebal juga novel ini tapi memang bestlah jalan ceritanya.  Pada peminat novel dan masih belum mendapatkannya, bolehlah membelinya sekarang di KaryaSeni.

Penerbit : Karya Seni
Halaman : 897 m/s
Harga : RM30 (saya beli RM27 secara online)

SINOPSIS : Sebenarnya Saya ISteri Dia

Sumber : Karya Seni

Cinta pertama tidak semestinya akan bersatu walaupun masing-masing berjanji untuk hidup bersama. Itulah yang terjadi pada Syafa Aqira dengan Farish Adryan. Cinta yang pernah dipupuk sejak zaman universiti lagi akhirnya terputus di tengah jalan apabila Farish bertekad untuk memutuskan hubungan itu lantaran satu peristiwa hitam yang terjadi pada satu majlis yang dihadiri oleh mereka berdua.

Cadangan ibu kepada Farish iaitu Datin Farizah untuk berkahwin dengan adik lelaki itu terpaksa diterima dengan reda walaupun dia tahu yang mungkin perkahwinan itu tidak menjanjikan bahagia. Dia terpaksa dalam rela demi sebuah harga diri dan rasa kasih terhadap Datin Farizah.
"Aku buat semua ni kerana mama. Dan kau tu sepatutnya bersyukur sebab aku selamatkan maruah kau." – Firash Arshad.

"Ya, aku tahu Firash. Sepatutnya aku bersyukur sebab kau sudi kahwin dengan aku." – Syafa Aqira.
Laluan untuk mengharungi sebuah perkahwinan tanpa cinta bukanlah sesuatu yang mudah buat Syafa Aqira. Kehidupannya sebagai isteri langsung tidak dipedulikan apatah lagi perkahwinan mereka dirahsiakan atas permintaan Firash. Namun dia reda kerana kesibukan lelaki itu masih bergelar pelajar walaupun setiap kata-kata sinis yang terbit dari mulut Firash ditelan dengan rasa terbuku di dalam hati.

Semuanya mula sedikit demi sedikit berubah apabila kawan baik serta abang sepupu kepada Firash cuba untuk mendekati Syafa dan kala itulah Firash mula menyedari yang dia sudah mula menyayangi isterinya itu.

"Kenapa pulak tak nak ikut? Boring giler saya duk kat rumah tu. Ada baiknya ikut awak pergi tengok wayang. Lagipun bukan senang nak dapat tengok filem macam ni untuk hari pertama. Biasa kan full seat je. – Syafa Aqira.

"Ye ke? Atau awak risau takut saya pergi dating dengan orang lain?" – Firash Arshad

Dan kala rasa sayang dan cinta mula hadir, ada saja dugaan yang datang menimpa. Kehadiran abang tiri dan adik tirinya yang tidak disangka-sangka mengeruhkan rasa cinta yang mula terbina. Syafa akhirnya pergi membawa diri dengan hati yang terluka. Firash jadi nanar. Hidupnya serba-serbi tidak kena. Bagi Firash, Syaf adalah anugerah terindah di dalam hidupnya. Dia sanggup untuk berbuat apa saja demi mendapatkan kembali kepercayaan dari isterinya itu.

"Siapa nak tidur atas riba awak? Please lah! Tak ingin pun!" – Syafa Aqira.

"Betul ke tak ingin? Dulu okay aje sampai lenguh paha saya nak menanggung kepala awak. Takkan awak dah lupa kut?" – Firash Arshad.

Namun apakah cinta mereka akan kembali bersatu? Bagaimana pula dengan kisah adik beradik tiri Firash? Dan apakah bahagia akan terus menjadi milik mereka?


Happy Reading!!^__^
 

Friday, July 5, 2013

Friends!


Wednesday, July 3, 2013

Kita Insan Biasa..





Monday, July 1, 2013

Novel : Jauh

Assalamualaikum...

Selamat tengahari semua.  Dah lunch?Tengahari ni saya nak review sebuah novel yang ditulis oleh Aisya Sofea.  Novel pertama daripada beliau tapi saya baru baca setelah menonton dramanya di televisyen.  Novel ini juga sudah diadaptasi menjadi telemovie.  Aku dah tengok sebab dilakonkan oleh Ady Putra.  Itu adalah pelakon kegemaran saya.

Penerbit: Karangkraf Alaf 21
Halaman: 241 m/s
Harga: RM12.00 (saya beli RM10 dari online)


Sinopsis : JAUH

Ika bertemu dengan Fikri kekasedang membawa diri jauh di negaraoang.  Saat hati keliru diamuk resah, pertemuan tidak terduga dengan Fikri bagaikan satu mimpi indah.

Aku mahu saja menangis kerana akhirnya membenarkan diri ini untuk menyayangi lelaki lain.  Kasih sayang terhadap Fikri membuatkan tembok yang kubina selama ini roboh begitu saja.

bagai telah dijangka, hubungan singkat ituapat tentangan hebat daripada keluarga.  Demi menjaga maruah, Ika terpaksa melupakan segalanya dan kembali ke alam nyata.  Dia mesti membuang jauh-jauh lelaki yang pernah singgah di hatinya itu.

Siapalah yang dapat melupakan tempat kasih bersemi? Sesungguhnya api cinta itu hangat membakar.  Meski telah padam, namun baranya masih ada.

Masa dan kejauhan bukan halangan bila jodoh telah ditentukan.  Apakah kali ini mereka sanggup meredah ranjau dan duri semata-mata kerana cinta ini?Antara keluarga dan cinta...kenyataan ini sesuungguhnya terlalu perit, terlalu pahit.  Namun, dia terpaksa menghadapinya!Terpaksa!!

Happy Reading!!^__^





~10 Sifat Sahabat yang Harus Dihargai

Assalammualaikum..^____^

Selamat pagi isnin.  Pagi ini saya mahu kongsikan tentang 10 sifat sahabat yang patut dihargai.  Pada kengkawan, marilah kita hargai sahabat-sahabat yang berada di sekeliling kita.  Semoga persahabatan kita akan kekal buat selamanya.

Sayangi dan hargailah sahabat anda!!Sekian entri saya pagi ini.

Friday, June 28, 2013

j0m sH0ppiNg JAMAICA DRESS by Q0Ma!!!




aSsALaMuaLaiKuM....

salam jumaat!!!hari ni aku update tentang dress HOT SELLING yg dijual di Butik Qoma..
pada sesiapa yang ingin mendapatkannya, bolehlah PM saya via Facebook saya @ SIL ataupun call/mesej saya di 019-9541986...
j0m tengok jamaica dress ni !


CODE : 007

CODE : 008

CODE : 009

CODE : 010

CODE : 011

CODE : 012

CODE : 013

CODE : 014

CODE : 016

CODE : 017

CODE : 018

CODE : 019

Wednesday, June 26, 2013

Novel : Teduhan Kasih

Assalamualaikum...

Selamat pagi semua.  Hari ini aku nak bercerita tentang novel yang telah aku habis baca.  Ini adalah salah satu novel yang telah menjadi dalam koleksiku.  Seperti yang sedia maklum, salah satu skop dalam blog bff-inspiration ini adalah berkaitan dengan penulisan novel.  Hah gitu kekdahnya.

Aku beli novel TK ini secara online dari Karya Seni.  Pada sesiapa yang minat membaca novel bolehlah terjah ke laman web KS di SINI.  Aku beli novel ni bila dapat tahu menjadi salah satu novel yang diadaptasi.  So aku pun beli.

Jujur aku katakan, novel ini memang best.  Ini pendapat aku ye.  Bukan semua orang yang sama pendapatnya.  Hasil karya Kak Marissa.  Sekarang dramanya sedang ditayangkan di TV3 setiap hari isnin hingga khamis jam 7.00 malam.  Aku memang mengikuti drama itu dari awal hingga ke epidod sekarang.  Kalau tak berkesempatan menontonnya aku akan tengok semula kerana aku ada rekod drama itu.  Cuma kali ini, mungkin jalan cerita novel dan dramanya ada sedikit berbeza.  Itu tak apa kut.  As long endingnya nanti adalah happy ending. ^___^

Sinopsis TK :

"Kau ingat dengan anak ni kau boleh paksa aku ubah keputusan aku? Kau nak ugut aku dengan anak kau ni? Eh! Kau jangan haraplah aku akan ikut kehendak kau. Aku tetap ceraikan kau!" -RYZAL.

Sampainya hati Ryzal, hanya kasihnya sudah tertumpah buat Ayu teman baikku sendiri, tergamak dia menyingkirkan aku dalam keadaan begini. Ketika aku mengandungkan anaknya, dia melafazkan talak.


Dan ketika aku merasakan aku sudah tiada siapa-siapa lagi di dunia ini dan jalan yang bakal aku lalui sangat gelap, dia hadir menyuluh kegelapan itu. Sekali gus meletakkan aku di tengah-tengah persimpangan di antara keikhlasan dan kenangan semalam.

"Sebab kita ada Adam. Kita nikah sebab Adam. Apapun yang berlaku, kita hanya fikirkan tentang Adam. Lagipun abang dah bosan hidup begini. Hidup abang benar-benar kosong. Tapi sejak abang kenal Adam, seperti hidup abang terisi dengan sesuatu. Abang mahu kita hidup sebagai sebuah keluarga. Abang tahu pintu hari Iffa tidak akan terbuka untuk mana-mana lelaki lagi, tapi tolong fikirkan cadangan abang ini." -EHSAN.

Aku benar-benar terperangkap. Sedangkan lelaki yang aku cintai separuh nyawa juga dengan mudah berlaku curang. Inikan pula dia, lelaki yang aku sendiri sedia maklum akan masa lampaunya yang kotor. Kelak akan adakah bahagia untuk aku dan anakku? Namun aku tahu hanya dengan Ehsan saja kami menumpang teduh.
 
Bagi aku, geram dengan watak Ayu.  Sering sakit hati dengan Iffa.  Tidak senang duduk bila melihat  Iffa lebih daripadanya.  Memang wujud manusia seperti Ayu ini.  Walaupun berkawan baik tetapi dia sanggup merampas kebahagiaan kawannya sendiri.

Pengakhiran cerita yang sangat best.  Mestilah happy ending.  Walaupun Iffa terpaksa melalui pelbagai rintangan tapi akhirnya dia ketemui kebahagiaan buat dirinya sendiri.  Ehsan pula telah insaf dengan perbuatannya.  Setiap manusia boleh berubah.  Terpulang pada diri masing-masing untuk mengubahnya samada menjadi lebih baik atau menjadi lebih jahat. 

Sekian...


Tuesday, June 25, 2013

Majlis Penyampaian Hadiah Pertandingan Ebuku

Assalamualaikum...

Selamat tengahari semua.  Setelah beberapa hari blog ini menyepi kerana masing-masing sibuk dengan beberapa tugasan penting, maka hari ini aku update sedikit cerita di blog ini untuk tatapan sesiapa saja yang tersinggah di sini.

Tugasan penting yang terpaksa dilaksanakan demi mengejar tarikh-tarikh yang penting membuatkan aktivit menulis di blog ini terpaksa dihentikan seketika.  Okeylah, entri kali ini aku nak bercerita mengenai majlis penyampaian hadiah untuk pertandingan ebuku yang dianjurkan oleh esentral dan juga maxis.  Kami bertiga telah menghadiri majlis itu di Bangunan Maxis, KLCC.

Perasaan teruja tidak dapat digambar oleh kmai berdua yang pertama kali menang dalam pertandingan menulis.  Teringat saat-saat kami memerah orah untuk mendapat idea walaupun ada yang kata cerita apalah yang kami tulis.  Itu tolak ke tepi.  Pedulikan apa kata mereka.

Okeylah, jom layan gambar-gambar kami sepanjang kami berada di majlis penyampaian hadiah tersebut.  Sesuatu kenangan indah buat kami.

Kami sedang menulis butir-butir diri.

Penyampaian dimulakan.

Hadiah disampaikan oleh Ketua Bahagian Produk, Peranti, Inovasi dan Roaming MAXIS.

Inilah pemenang-pemenang untuk pertandingan ebuku.  Seramai lima orang.

Kemudian bergambar bersama Mr Kugan.

Bergambar beramai-ramai.

Inilah hasil yang kami dapat.  Alhamdulillah.

Inilah yang menemakan kami di majlis tersebut.  Salah seorang dari bff-inspiration ini.

Sekian..Bersambung di lain entri..


Tuesday, June 18, 2013

Bab 5: Kisah Cinta Kita..

BAB 5


    Setelah 3 bulan akhirnya tamat juga masa berpratikal aku di sini, pelbagai rasa telah aku jalani sedih gembira dan yang paling banyak rasa sakit hati dengan encik Irshad apa-apa pun aku ambil itu semua sebagai pengajaran supaya aku lebih berjaya di masa akan datang.

     Pagi itu aku di raikan dengan majlis yang agak meriah, tak sangka walaupun ada sesetengah yang agak kuran menyenagi kehadiran aku di sini namun pada hari terakhir aku disini terasa seperti kehadiran aku di sini lebih dihargai. Pada saat-saat ini juga lah perasaan aku seperti berbelah bahagi terasa amat berat untuk meninggal kan mereka.

      Namun apa kan daya pejalanan harus di teruskan aku harus meneruskan pengajian aku yang masih tersisa 6 bulan lagi untuk menggenggam sebuah diploma yang di ingini abah. insyaallah aku dapat menunaikan hasrat abah untuk melihat satu-satunya anak perempuannya juga berjaya seperti abang Riz.

     Majlis perpisahan aku hari ini juga dihadiri encik Irshad orang yang aku anggap orang yang aku anggap sebagai musuh namun kadang-kadang sebagai motivate aku kena oleh sebab dia juga aku menjadi lebih berani dan oleh kerana dia juga aku dapat mempelajari ilmu yang baru kerana aku selalu ditugas kan untuk membuat pelbagai kerja yang kadang-kadang di luar bidang yang aku pelajari. hari ini juaga aku rasa dia sebenarnya mahukan aku mempelajari semua tugasan yang ada di situ supaya bila aku keluar dari sini jika di berikan apa sahaja tugas aku boleh untuk menyelesaikan dengan baik, teringat kata-kata encik Irshad pada aku bahawa

“Kalau kita nak jadi bos kita kena tahu buat keja semua orang bawahan kita sebab kalau dia takda pun kita masih boleh berkerja sebab kita tahu macam mana nak kendalikan kerja-kerja dia..”

Kata-kata itu memberikan semangat kepada aku untuk menjadi lebih bersemangat untuk menamat kan pelajaran aku pada hari terakir aku di sini juga aku mendapat tahu yang encik Irshad telah bertunang dengan anak salah seorang ahli perniagaan yang terkenal. 

“Untungnya hidup dia macam dalam kebanyakan drama-drama tv yang aku tontoni  bila lah hidup aku nak jadi macam drama dalam tv pula” kata hati aku.

Mendengar kahabar bahawa encik Irshad sudah bertunang perasaan aku seakan celaru sehingga aku sendiri tidak dapat membacanya.

“Kenapa tiba-tiba aku nak rasa cemburu..?? ni dah cukup mengarut…ye…mengarut..!!!” tegas aku di dalam hati.

Tiba-tiba Irshad datang menyapa aku di dalam kalangan ramai rakan-rakan yang sedang mengerumuni aku untuk mengucapkan pelbagai kata-kata semangat dan sebagainya

“Syira-Syira…dari hari pertama sampailah hari yang akhir awak dekat sini perangai yang suka berangan tu tetap tak hilang kan..?” kata nya yang seakan mula cuba menyakitkan hati aku.

Aku hanya tersenyum mendengar kata-katanya itu.
memang kebelakanggan ini di sudah kurang menyakat aku kerana dia takut aku memberi tahu rahsia nya yang tersalah masuk toilet akibat tidak tahan membuang air besar.  Tetapi hari ini dia kembali cuba mengenakan aku.
Sambil tersenyum aku menuju ke sebelah dan sedikit berbisik

“Amboi sedap nya mengata saya yek..?? saya rasa macam nak bagi tau satu rahsia kat dia orang semua je..boleh tak??” kata-kata aku yang di iringi dengan senyuman yang sinis terhadapnya.

Aku berlalu dari situ sambil mengambil makanan yang sedia terhidang di belakang bilik mesyuarat.
kelihatan Encik Irshad yang dari tadi mengikuti langkah aku.

“Encik ni kenapa dari tadi ikut saya..??” Tanya aku yang mula rimas diekori dari tadi.

“Syira..betul ke awak nak bagi tahu semua orang pasal saya salah masuk toilet tu? janagan lah ea…nanti saya belanaja awak emm…makan..ha..makan nak??” kata Irshad yang seakan cuba memujuk aku supaya membatal kan niat untuk menceritakan rahsia yang yang pasti membuat semua staff di sini mengetawakan dia.

Memang aku tidak terniat untuk menceritakannya kepada sesiapa cuma igin menggertak supaya dia tidak boleh dengan sewenang-wenang nya membuli aku lagi.

“Encik nak belanja saya makan?? emmm menarik juga..tapi macam tak cukup je..”

 aku sengaja memberi jawapan yang sebegitu untuk menguji seberapa penting nya rahsianya yang ada pada aku dan apa lagi yang sanggup dia berikan kepada aku  untuk menjaga rahsianya ini.

“saya tambah lagi..saya belanja awak shopping sekali boleh?” tanyanya dengan penuh berharap agar aku menerima tawarannya.

“Baiklah..tapi bila?” Tanya aku igin kan kepastian.

“Esok..pukul 10 pagi saya ambil awak di rumah boleh?”

 “Pukul 10 betul ea? saya tunggu kalau tak ada saya bagi tau ea..” aku yang sengaja mengugutnya.
“Ya…ya… esok saya ambil awak pukul 10 jangan cerita dekat sesiapa..!”
“Ok..” jawab ku ringkas.

Hari yang aku tunggu telah tiba, tepat jam 10pagi aku masih lagi menanti kehadiran Irshad yang sudah berjanji kepada aku semalam.
Setelah 10 minit menunggu masih tidak kelihatan kelibatnya aku sudah malas untuk menunggu lagi aku mula melangkah naik ke atas untuk menukar baju.  Tiba-tiba kedengaran sura ibu yang memanggil aku dari bawah.

“Syira…!! ni kawan kamu Irshad dah datang..turun cepat..!!” teriak ibu dari bawah.

tersentak aku mendengar nama Irshad dengan pantas aku turun.  Kelihatan Irshad yang sudah tersengeh-sengih seperti kerang busuk duduk di sofa hadapan memandang kearah aku yang turun dari bilik.

“lambat..macam nak kena tambah belanja saya lagi..je?” kata aku dengan perasaan sedikit tidak puas hati dengannya.

“saya minta maaf sangat-sangat syira..nak keluar rumah tadi mummy saya ada buat kuih buah Melaka, kuih tu saya memang suka jadi bila dah makn saya lambat sikit la sampai tapi bukan lama sangat pun 5minit je..”

“Apa-apa la encik saya tak kira encik kena belanja saya tengok wayang sekali boleh??”

“ai..tambah tengok wayang lagi?? kopak la saya macam ni..” rungut irshad sambil mengerut kan dahinya.

“tak boleh takpe saya naik atas dulu lah ea??”

“eh…eh.. boleh..boleh..” sahut Irshad dan cuba menghalang aku dari berlalu dari situ.

Ibu hanya menggelengkan kepala mendengar kata-kata aku tadi
“Syira jangan nak mengenakan orang ea..Irshad jaga syira ni baik-baik, lagi satu jagn ikut sangat cakap di ni kang lagi macam-macam dia mintak perangai kalah budak-budak..” nsihat ibu kepada Irshad dan sedikit amaran kepda aku.

“Takpa makcik saya tak kisah, makcik jgan risau memang saya jaga dia baik-baik punya..” selorohnya kepada ibu aku sambil senyum yang  manis

Sampai sahaja kami di Mahkota parade irshad membawa aku ke Kenny rogers untuk makan dahulu sebelum menonton wayang di Dataran pahlawan
setelah beberapa saat salah seorang pelayan di situ datang untuk mengambil pesanan

“Roasted chicken salad and lemon ice tea”

“dan encik pula..??”  Tanya pelayan tersebut

Tanpa memberi Irshad peluang berkata dengan pantas aku menjawab

“ow..takpa…takpa…dia dah kenyang makan kuih Melaka mak dia buat… tu sahaja terima kasih” jawab ku dengan selamba tanpa menghiraukan Irshad yang masih terpinga-pinga degan jawapan aku tadi.

“Ish…kejam nya awak ni..?” kata Irshad yang agak  bengang dengan apa yang aku lakukan tadi.

“Lah..nape marah pula? saya suruh encik belanja saya makan je..bukan suruh encik makan dengan saya sekali kan? lagi pun encik yang kata tadi encik dah makn buah Melaka yang mak encik buat kan..mesti la makan sampai kenyang, sebab tu lambat ambil saya tadi..”

Irshad hanya mampu menggelengkan kepalanya kepada aku. Segalanya tidak aku ambil peduli kerana rahsia nya di tangan aku.


selesai makan Irsahad membawa aku menonton wayang dan kemudiaan dia membawa aku membeli belah, terasa seperti berada di dalam syurga apa sahaja yang aku kehendaki kini berada di tangan namun aku masih tahu batas barangan yang aku ambil masih lagi berpatutan Cuma sengaja aku mengenakan Irshad yang selama ini suka mengenakan aku kali ini tersa begitu puas untuk mengena dia.

-Myra Amni-

Bersambung..