Suka Cerita Bff-Inspiration?Silalah LIKE!

Friday, June 28, 2013

j0m sH0ppiNg JAMAICA DRESS by Q0Ma!!!




aSsALaMuaLaiKuM....

salam jumaat!!!hari ni aku update tentang dress HOT SELLING yg dijual di Butik Qoma..
pada sesiapa yang ingin mendapatkannya, bolehlah PM saya via Facebook saya @ SIL ataupun call/mesej saya di 019-9541986...
j0m tengok jamaica dress ni !


CODE : 007

CODE : 008

CODE : 009

CODE : 010

CODE : 011

CODE : 012

CODE : 013

CODE : 014

CODE : 016

CODE : 017

CODE : 018

CODE : 019

Wednesday, June 26, 2013

Novel : Teduhan Kasih

Assalamualaikum...

Selamat pagi semua.  Hari ini aku nak bercerita tentang novel yang telah aku habis baca.  Ini adalah salah satu novel yang telah menjadi dalam koleksiku.  Seperti yang sedia maklum, salah satu skop dalam blog bff-inspiration ini adalah berkaitan dengan penulisan novel.  Hah gitu kekdahnya.

Aku beli novel TK ini secara online dari Karya Seni.  Pada sesiapa yang minat membaca novel bolehlah terjah ke laman web KS di SINI.  Aku beli novel ni bila dapat tahu menjadi salah satu novel yang diadaptasi.  So aku pun beli.

Jujur aku katakan, novel ini memang best.  Ini pendapat aku ye.  Bukan semua orang yang sama pendapatnya.  Hasil karya Kak Marissa.  Sekarang dramanya sedang ditayangkan di TV3 setiap hari isnin hingga khamis jam 7.00 malam.  Aku memang mengikuti drama itu dari awal hingga ke epidod sekarang.  Kalau tak berkesempatan menontonnya aku akan tengok semula kerana aku ada rekod drama itu.  Cuma kali ini, mungkin jalan cerita novel dan dramanya ada sedikit berbeza.  Itu tak apa kut.  As long endingnya nanti adalah happy ending. ^___^

Sinopsis TK :

"Kau ingat dengan anak ni kau boleh paksa aku ubah keputusan aku? Kau nak ugut aku dengan anak kau ni? Eh! Kau jangan haraplah aku akan ikut kehendak kau. Aku tetap ceraikan kau!" -RYZAL.

Sampainya hati Ryzal, hanya kasihnya sudah tertumpah buat Ayu teman baikku sendiri, tergamak dia menyingkirkan aku dalam keadaan begini. Ketika aku mengandungkan anaknya, dia melafazkan talak.


Dan ketika aku merasakan aku sudah tiada siapa-siapa lagi di dunia ini dan jalan yang bakal aku lalui sangat gelap, dia hadir menyuluh kegelapan itu. Sekali gus meletakkan aku di tengah-tengah persimpangan di antara keikhlasan dan kenangan semalam.

"Sebab kita ada Adam. Kita nikah sebab Adam. Apapun yang berlaku, kita hanya fikirkan tentang Adam. Lagipun abang dah bosan hidup begini. Hidup abang benar-benar kosong. Tapi sejak abang kenal Adam, seperti hidup abang terisi dengan sesuatu. Abang mahu kita hidup sebagai sebuah keluarga. Abang tahu pintu hari Iffa tidak akan terbuka untuk mana-mana lelaki lagi, tapi tolong fikirkan cadangan abang ini." -EHSAN.

Aku benar-benar terperangkap. Sedangkan lelaki yang aku cintai separuh nyawa juga dengan mudah berlaku curang. Inikan pula dia, lelaki yang aku sendiri sedia maklum akan masa lampaunya yang kotor. Kelak akan adakah bahagia untuk aku dan anakku? Namun aku tahu hanya dengan Ehsan saja kami menumpang teduh.
 
Bagi aku, geram dengan watak Ayu.  Sering sakit hati dengan Iffa.  Tidak senang duduk bila melihat  Iffa lebih daripadanya.  Memang wujud manusia seperti Ayu ini.  Walaupun berkawan baik tetapi dia sanggup merampas kebahagiaan kawannya sendiri.

Pengakhiran cerita yang sangat best.  Mestilah happy ending.  Walaupun Iffa terpaksa melalui pelbagai rintangan tapi akhirnya dia ketemui kebahagiaan buat dirinya sendiri.  Ehsan pula telah insaf dengan perbuatannya.  Setiap manusia boleh berubah.  Terpulang pada diri masing-masing untuk mengubahnya samada menjadi lebih baik atau menjadi lebih jahat. 

Sekian...


Tuesday, June 25, 2013

Majlis Penyampaian Hadiah Pertandingan Ebuku

Assalamualaikum...

Selamat tengahari semua.  Setelah beberapa hari blog ini menyepi kerana masing-masing sibuk dengan beberapa tugasan penting, maka hari ini aku update sedikit cerita di blog ini untuk tatapan sesiapa saja yang tersinggah di sini.

Tugasan penting yang terpaksa dilaksanakan demi mengejar tarikh-tarikh yang penting membuatkan aktivit menulis di blog ini terpaksa dihentikan seketika.  Okeylah, entri kali ini aku nak bercerita mengenai majlis penyampaian hadiah untuk pertandingan ebuku yang dianjurkan oleh esentral dan juga maxis.  Kami bertiga telah menghadiri majlis itu di Bangunan Maxis, KLCC.

Perasaan teruja tidak dapat digambar oleh kmai berdua yang pertama kali menang dalam pertandingan menulis.  Teringat saat-saat kami memerah orah untuk mendapat idea walaupun ada yang kata cerita apalah yang kami tulis.  Itu tolak ke tepi.  Pedulikan apa kata mereka.

Okeylah, jom layan gambar-gambar kami sepanjang kami berada di majlis penyampaian hadiah tersebut.  Sesuatu kenangan indah buat kami.

Kami sedang menulis butir-butir diri.

Penyampaian dimulakan.

Hadiah disampaikan oleh Ketua Bahagian Produk, Peranti, Inovasi dan Roaming MAXIS.

Inilah pemenang-pemenang untuk pertandingan ebuku.  Seramai lima orang.

Kemudian bergambar bersama Mr Kugan.

Bergambar beramai-ramai.

Inilah hasil yang kami dapat.  Alhamdulillah.

Inilah yang menemakan kami di majlis tersebut.  Salah seorang dari bff-inspiration ini.

Sekian..Bersambung di lain entri..


Tuesday, June 18, 2013

Bab 5: Kisah Cinta Kita..

BAB 5


    Setelah 3 bulan akhirnya tamat juga masa berpratikal aku di sini, pelbagai rasa telah aku jalani sedih gembira dan yang paling banyak rasa sakit hati dengan encik Irshad apa-apa pun aku ambil itu semua sebagai pengajaran supaya aku lebih berjaya di masa akan datang.

     Pagi itu aku di raikan dengan majlis yang agak meriah, tak sangka walaupun ada sesetengah yang agak kuran menyenagi kehadiran aku di sini namun pada hari terakhir aku disini terasa seperti kehadiran aku di sini lebih dihargai. Pada saat-saat ini juga lah perasaan aku seperti berbelah bahagi terasa amat berat untuk meninggal kan mereka.

      Namun apa kan daya pejalanan harus di teruskan aku harus meneruskan pengajian aku yang masih tersisa 6 bulan lagi untuk menggenggam sebuah diploma yang di ingini abah. insyaallah aku dapat menunaikan hasrat abah untuk melihat satu-satunya anak perempuannya juga berjaya seperti abang Riz.

     Majlis perpisahan aku hari ini juga dihadiri encik Irshad orang yang aku anggap orang yang aku anggap sebagai musuh namun kadang-kadang sebagai motivate aku kena oleh sebab dia juga aku menjadi lebih berani dan oleh kerana dia juga aku dapat mempelajari ilmu yang baru kerana aku selalu ditugas kan untuk membuat pelbagai kerja yang kadang-kadang di luar bidang yang aku pelajari. hari ini juaga aku rasa dia sebenarnya mahukan aku mempelajari semua tugasan yang ada di situ supaya bila aku keluar dari sini jika di berikan apa sahaja tugas aku boleh untuk menyelesaikan dengan baik, teringat kata-kata encik Irshad pada aku bahawa

“Kalau kita nak jadi bos kita kena tahu buat keja semua orang bawahan kita sebab kalau dia takda pun kita masih boleh berkerja sebab kita tahu macam mana nak kendalikan kerja-kerja dia..”

Kata-kata itu memberikan semangat kepada aku untuk menjadi lebih bersemangat untuk menamat kan pelajaran aku pada hari terakir aku di sini juga aku mendapat tahu yang encik Irshad telah bertunang dengan anak salah seorang ahli perniagaan yang terkenal. 

“Untungnya hidup dia macam dalam kebanyakan drama-drama tv yang aku tontoni  bila lah hidup aku nak jadi macam drama dalam tv pula” kata hati aku.

Mendengar kahabar bahawa encik Irshad sudah bertunang perasaan aku seakan celaru sehingga aku sendiri tidak dapat membacanya.

“Kenapa tiba-tiba aku nak rasa cemburu..?? ni dah cukup mengarut…ye…mengarut..!!!” tegas aku di dalam hati.

Tiba-tiba Irshad datang menyapa aku di dalam kalangan ramai rakan-rakan yang sedang mengerumuni aku untuk mengucapkan pelbagai kata-kata semangat dan sebagainya

“Syira-Syira…dari hari pertama sampailah hari yang akhir awak dekat sini perangai yang suka berangan tu tetap tak hilang kan..?” kata nya yang seakan mula cuba menyakitkan hati aku.

Aku hanya tersenyum mendengar kata-katanya itu.
memang kebelakanggan ini di sudah kurang menyakat aku kerana dia takut aku memberi tahu rahsia nya yang tersalah masuk toilet akibat tidak tahan membuang air besar.  Tetapi hari ini dia kembali cuba mengenakan aku.
Sambil tersenyum aku menuju ke sebelah dan sedikit berbisik

“Amboi sedap nya mengata saya yek..?? saya rasa macam nak bagi tau satu rahsia kat dia orang semua je..boleh tak??” kata-kata aku yang di iringi dengan senyuman yang sinis terhadapnya.

Aku berlalu dari situ sambil mengambil makanan yang sedia terhidang di belakang bilik mesyuarat.
kelihatan Encik Irshad yang dari tadi mengikuti langkah aku.

“Encik ni kenapa dari tadi ikut saya..??” Tanya aku yang mula rimas diekori dari tadi.

“Syira..betul ke awak nak bagi tahu semua orang pasal saya salah masuk toilet tu? janagan lah ea…nanti saya belanaja awak emm…makan..ha..makan nak??” kata Irshad yang seakan cuba memujuk aku supaya membatal kan niat untuk menceritakan rahsia yang yang pasti membuat semua staff di sini mengetawakan dia.

Memang aku tidak terniat untuk menceritakannya kepada sesiapa cuma igin menggertak supaya dia tidak boleh dengan sewenang-wenang nya membuli aku lagi.

“Encik nak belanja saya makan?? emmm menarik juga..tapi macam tak cukup je..”

 aku sengaja memberi jawapan yang sebegitu untuk menguji seberapa penting nya rahsianya yang ada pada aku dan apa lagi yang sanggup dia berikan kepada aku  untuk menjaga rahsianya ini.

“saya tambah lagi..saya belanja awak shopping sekali boleh?” tanyanya dengan penuh berharap agar aku menerima tawarannya.

“Baiklah..tapi bila?” Tanya aku igin kan kepastian.

“Esok..pukul 10 pagi saya ambil awak di rumah boleh?”

 “Pukul 10 betul ea? saya tunggu kalau tak ada saya bagi tau ea..” aku yang sengaja mengugutnya.
“Ya…ya… esok saya ambil awak pukul 10 jangan cerita dekat sesiapa..!”
“Ok..” jawab ku ringkas.

Hari yang aku tunggu telah tiba, tepat jam 10pagi aku masih lagi menanti kehadiran Irshad yang sudah berjanji kepada aku semalam.
Setelah 10 minit menunggu masih tidak kelihatan kelibatnya aku sudah malas untuk menunggu lagi aku mula melangkah naik ke atas untuk menukar baju.  Tiba-tiba kedengaran sura ibu yang memanggil aku dari bawah.

“Syira…!! ni kawan kamu Irshad dah datang..turun cepat..!!” teriak ibu dari bawah.

tersentak aku mendengar nama Irshad dengan pantas aku turun.  Kelihatan Irshad yang sudah tersengeh-sengih seperti kerang busuk duduk di sofa hadapan memandang kearah aku yang turun dari bilik.

“lambat..macam nak kena tambah belanja saya lagi..je?” kata aku dengan perasaan sedikit tidak puas hati dengannya.

“saya minta maaf sangat-sangat syira..nak keluar rumah tadi mummy saya ada buat kuih buah Melaka, kuih tu saya memang suka jadi bila dah makn saya lambat sikit la sampai tapi bukan lama sangat pun 5minit je..”

“Apa-apa la encik saya tak kira encik kena belanja saya tengok wayang sekali boleh??”

“ai..tambah tengok wayang lagi?? kopak la saya macam ni..” rungut irshad sambil mengerut kan dahinya.

“tak boleh takpe saya naik atas dulu lah ea??”

“eh…eh.. boleh..boleh..” sahut Irshad dan cuba menghalang aku dari berlalu dari situ.

Ibu hanya menggelengkan kepala mendengar kata-kata aku tadi
“Syira jangan nak mengenakan orang ea..Irshad jaga syira ni baik-baik, lagi satu jagn ikut sangat cakap di ni kang lagi macam-macam dia mintak perangai kalah budak-budak..” nsihat ibu kepada Irshad dan sedikit amaran kepda aku.

“Takpa makcik saya tak kisah, makcik jgan risau memang saya jaga dia baik-baik punya..” selorohnya kepada ibu aku sambil senyum yang  manis

Sampai sahaja kami di Mahkota parade irshad membawa aku ke Kenny rogers untuk makan dahulu sebelum menonton wayang di Dataran pahlawan
setelah beberapa saat salah seorang pelayan di situ datang untuk mengambil pesanan

“Roasted chicken salad and lemon ice tea”

“dan encik pula..??”  Tanya pelayan tersebut

Tanpa memberi Irshad peluang berkata dengan pantas aku menjawab

“ow..takpa…takpa…dia dah kenyang makan kuih Melaka mak dia buat… tu sahaja terima kasih” jawab ku dengan selamba tanpa menghiraukan Irshad yang masih terpinga-pinga degan jawapan aku tadi.

“Ish…kejam nya awak ni..?” kata Irshad yang agak  bengang dengan apa yang aku lakukan tadi.

“Lah..nape marah pula? saya suruh encik belanja saya makan je..bukan suruh encik makan dengan saya sekali kan? lagi pun encik yang kata tadi encik dah makn buah Melaka yang mak encik buat kan..mesti la makan sampai kenyang, sebab tu lambat ambil saya tadi..”

Irshad hanya mampu menggelengkan kepalanya kepada aku. Segalanya tidak aku ambil peduli kerana rahsia nya di tangan aku.


selesai makan Irsahad membawa aku menonton wayang dan kemudiaan dia membawa aku membeli belah, terasa seperti berada di dalam syurga apa sahaja yang aku kehendaki kini berada di tangan namun aku masih tahu batas barangan yang aku ambil masih lagi berpatutan Cuma sengaja aku mengenakan Irshad yang selama ini suka mengenakan aku kali ini tersa begitu puas untuk mengena dia.

-Myra Amni-

Bersambung..

Monday, June 17, 2013

Bab 4: Kisah Cinta Kita..

BAB 4

            Bengang…!!!Itu sahaja kata yang mampu aku ucapkan..Kenapalah hari tu dia tak terbelahak minum air kopi yang aku bancuh?Aku dah buat cukup manis tu boleh pula dia kata aku buat kopi ikut cita rasa dia?? Bukan main manis air tu nak kena kencing manis ke?Atau dia saja je cakap air aku yang manis tu mengikut cita rasa dia.  Saja nak kenakan aku nak tambah-tambah keja aku buatkan dia air pagi-pagi.  Aishhh…macam-macamlah yang bermain di kotak fikiran aku ni.

            Tapi peduli apa aku!!Lantaklah!Dia nak kena kencing manis ke apa ke…dia punya pasal. Tak ada kena mengena dengan aku.  Tapi yeng kena mengena dengan aku bila dia suruh aku buat air kopi untuknya setiap pagi.  Dia ingat aku ni tak ada kejra lain ke?PA dia kan ada.  Dia ni memang nak kena kan aku lagi!!

            Tak apa!!Kau tunggu apa yang aku nak buat.  Kau ingat suka-suka nak kenakan aku, puas aku bersabar.  Ini lah masanya untuk aku balas balik apa yang dia dah buat dekat aku.  Dalam aku sedang  memikirkan masalah aku tadi, tiba-tiba telefon yang berada di hadapan aku ligat berdering.  Aku bagai dapat mengagak siapa yang di sebalik talian itu.  Tanpa berlengah, aku menjawab  “Hello..selamat pagi..”

            “Pagi Syira.  Mana kopi saya..??” suara garau encik Irshad kedengaran tapi lembut sahaja.  Memang tepatlah jangkaanku.

            “Saya buatkan sekarang ye, encik Irshad.”  balasku ringkas.

            “Ishh..awak ni takan la nak suruh saya hari-hari nak ingat kan awak, kalau sekali saya cakap tu lain kali ingat..kalo tak boleh nak ingat nanti saya buat note besar-besar tampal dekat dahi awak nak..??”  kata-kata-kata irshad yang sangat menyakit kan hati aku di pagi hari ini.

“Maaf ya encik…saya janji lepas ni saya tak lupa lagi..” jawab ku dengan penuh sabar sambil meletakan ganggang telefon.

Arghhhh..!!! sakit nya hati aku, ow….ko nak tampal note dekat dahi aku ea?? tak apa ko tunggu ya..


Aku memulakan bancuhan kopi untuk encik irshad..tiba-tiba fikiran aku terigat kepada julap yang aku beli semalam untuk sepupu aku airil yang duduk di sekolah asramah penuh berhampiran dengan pejabat aku mengadu kepada ibunya yang dia sukar membuang air besar sejak kebelakangan ini jadi mak lang aku meminta bantuan aku untuk membeli dan menghantar kan pada nya.
tiba-tiba aku mndapat idea yang sangat bernas untuk mengenakan encik irshad.

“kak syira pakai dulu julap ni nanti kak yira ganti balik ye…lepas ini kau mesti serik nak minum air kopi aku irshad…” hati aku berkata-kata sambil aku memasukan  julap tersebut kedalam air encik irshad.

setelah di kacau rata aku pun menghantar minuman tersebut kebilik encik irshad.
“ini kopi nya encik irshad…”

“ok…letak dekat situ je…” kata irshad sambil memuncung kan mulutnya menghalakan kepada meja di hujung sudut bilik nya.

tanpa melengah kan masa aku pun meletak kan nya  dan berlalu dari bilik tersebut.
setelah setengah jam aku menjenguk-jenguk juga kebilik nya, untuk melihat sama ada menjadi atau tidak rancangan aku untuk mengenakan dia tetapi tidak kelihatan langsung dia didalam bilik nya.

Aku tidak berpuas hati dan igin tahu sama ada air kopitadi telah diminum oleh nya atau tidak dan kemana pula dia..? lalu aku putus kan untuk bertanya kepada kak emma yang mengganti kan PA encik irshad sementara PA nya keluar menguruskan anak nya di taska.

“Kak emma..tanya boleh?”
“Emm..apa dia..?pelik sangat akak tengok Syira harini?” jawab kak emma sambil memandang pelik terhadap aku yang berdiri sambil tersenyum-senyum kearah nya.

“Pelik ke?? mana ada biasa je la..encik irshad pegi mana ek..?? dari tadi tak nampak.. ”

“Aikk…tak pernah-penah tanya pasal dia hari ini Tanya pula, mesti ada apa-apa ni..dia ada mesyuarat dekat bilik mesyuarat kita ni..”

“Ow..mesyuarat..eh..tak ada apa-apa saja nak tau..macam pelik je dia tak buli saya hari ini..”jawab aku sambil tersenyum.

“Macam-macam la kamu ni syira..”kata kak emma sambil ketawa mendengar kata-kata aku itu.”

“Kak…syira nak pegi toilet kejap..kalau telefon bunyi akak tolong angkat kan kejap  ya..” kata ku sambil menuju ke toilet yang berhampiran dengan bilik mesyuarat.
kak emma hanya mengangguk.

Setiba di hadapan toilet tersebut kelihatan ada yang sedang menggunakan toilet,bunyi air tidak henti-henti dari tadi.  Sapa lah agak nya ni? pembaziran betul hati aku berkata-kata sambil menuju masuk ke toilet bersebelahan

Keluar dari toilet aku terus ke cermin untuk membetul kan tudung maklumlah perempuan kalau masuk toilet mesti cermin takan tinggal untuk di tatap.
sedang aku membetul-betul kan tudung fikiran aku terarah kepada toilet bersebelahan dengan aku rasanya dari aku masuk sampai aku dah keluar dia tak keluar-keluar lagi pelik. perasaan yang kuat nak tau siapa didalam nya.

“tunggu je la nak tahu juga siapakah..? hehehe” kata hati yang memang benar-benar penasaran.
sambil menunggu aku kembali membetul kan tudung aku.
tiba-tiba kedengaran pintu toilet di buka aku tidak menoleh kebelakang tetapi hanya memandang dari cermin hadapan ini.
“arghhhhhhhhhhh………!!!!” jerit aku dengan sekuat hati

alangkah terkejut bila melihat encik irshad yang keluar dari tandas tersebut.
irshad terus menuju kearah aku dan menutup mulut aku. Aku bagai tergamam seketika apabila tangan nya berada di mulut aku mata aku tepat memandang kearah matanya begitu juga dengan dia,aku terdiam terpukau  seakan aku boleh menembusi jauh kedasar hati dia, ini lah peratama kalinya aku berasa dekat betul-betul dekat dengan nya.

beberapa saat kemudian dia melepas kan tanganya dari mulut aku dan aku bagaikan tersedar dari angan-angan yang mengasyikan.

“yang awak menjerit mcam Nampak hantu tu kenapa??” kata irshad kepada aku dengan nada yang sedikit tinggi.

“abis tu…dah encik tiba-tiba keluar dari toilet perempun tu kenapa?? nama je belajar pandai takan tak tahu nak baca kot tandas WANITA..kalau dah tau baca kan ada symbol perempun pakai skret tu kalau lelaki punya toilet tak ada pakai skret..ke encik sengaja nak masuk toilet perempuan ke encik sengaja mengendap ea??” balas aku dengan nada yang penuh dengan kecurigaan.

“amboi…tengok sikit mulut tu..(kata irshad sambil membulatkan matanya melihat kearah bibirku) cantik…tapi cakap tu tak cantik suka-suka awak cakap saya macam tu, jangan nak mengarut saya tak ada kerja nak pegi mengendap-gendap ni lagi-lagi kalau awak...memang tak lakan..saya emergency tak tahan sakit perut tandas lelaki penuh jadi saya masuk je la tandas ni..”

“Ye la tu…” kata ku yang memang sengaja menimbulkan kecurigaan walaupun aku memang tahu dia benar-benar sakit perut kerana aku yang meletakan julap didalam minuman nya tadi.

“Ye la..!! ni lagi satu saya rasa lepas saya minum air yang awak buat tu perut saya terus jadi mengulas-ngulas…mesti awak yang kena kan saya kan…??” dia memandang kearah aku dengan penuh tanda Tanya dan penuh yakin bahawa aku yang melakukan itu.

Aku menjadi tak tentu arah. ya memang aku yang melakukan nya tapi takkan lah aku nak mengaku dekat dia yang aku buat mati la aku. aduh..!! apa alasan nak cakap ni..? aku kena petahan kan yang memang bukan sebab kopi aku dia sakit perut.

“Ehh….encik ni apasal kopi saya pulak..? entah-entah encik makan apa tah semalam sebab encik setahu saya kalau kita cirit-birit ni makna nya apa yang kita makan 12jam yang lepas ini ecik irshad baru minum kopi saya setengah jam yang lepas takkan dah sakit perut kot..kan?” aku cuba meyakinkan dia bahawa bukan aku yang menyebab kan dia sakit perut.

“Apa-apa la…” jawab irshad yang seakan mula percaya akan kata-kata aku tadi.
aku hanya tersenyum kerana Berjaya meyakin kan dia walaupun tidak sepenuhnya tapi sekurang –kurangnya dia percaya juga.

Muka irshad tiba-tiba kembali berkerut sepertinya perut nya semakin mengulas-ngulas dia berlari-lari masuk semula ke toilet.
aku hanya menahan daripada rasa gelihati aku melihat reaksi mukanya tadi. sejurus aku keluar dari toilet bertaburan gelak aku keluar kerana sudah lama aku menahanya.

Gembiranya aku hari ini dapat juga aku kenakan dia…!! asyik kau je yang nak kena kan aku kali ni aku pulak nasib kau la irshad. Dalam kegembiraan aku dapat mengenakan dia tadi ada yang sesuatu yang sering teringt-ingat.

pandangan matanya tadi macam ada meninggalkan satu perasaan yang aku sendiri tak boleh nak tafsirkan dengan kata-kata , cinta..??tak mungkin… tak mungkin syira..gila bercinta dengn dia? lagi pun sejak hari pertama aku jejakan kaki dekat sini dia memang dah tak suka dengan aku ini pula nak bercinta…mustahil tu syira mungkin sebab aku rasa bersalah pada dia.  ya..rasa bersalah yang buat aku macam ni bukan ada perasan lain. Aku cuba menyakin kan diri walupun pandangan yang menusuk ke hati aku tadi makin kerap bermain di minda ini.

Dalam aku memikir kan peristiwa itu tiba-tiba kedengaran seseorang mengetuk meja aku dengan kuat.
“Eh syira..!! asal saya datang je awak mengelamun dah tu ayik terkejut je, asal berangan nak kahwin..?” kata irshad yang berdiri dihadapan aku.

aku bagaikan terpaku seketika melihat dia dihadapan aku. 

“Ye..encik Irshad..!! tak semena-mena pekataan itu yang keluar dari mulut aku.
irshad aku lihat ketawa dengan sekuat-kuat nya tak pernah aku lihat dia segembira ini.  Agaknya dia senag bila dapat mengenakan aku.

“Maksud awak ya..memang awak suka mengelamun sebab nak kahwin la.. (disusuli dengan gelak) jujur betul pengakuaan awak tu syira..”
aku cuba membetul kan keadaan

“Bukan macam tu encik…saya cakap ye..nak Tanya apa yang encik nak saya bantu, bukan nak cakap yang ya saya nak kahwin..”
jawab aku dengan penuh yakin dan berharap yang encik irshad akan percaya dengan apa yang aku kata.

"Tapi kan syira…saya nak juga tahu siapa la lelaki tu..??” irshad berlalu dengan pertanyaan itu tanpa memperdulikan kata-kata aku tadi.

Perasaan malu yang tak terhingga aku rasa kan, tidak sedikit pun di termakan dengan kata-kata aku tadi.  Ada sahaja yang dia nak kena kan aku.  Baru sahaja aku rasa gembira dapat kena kan dia tadi belum sampai satu hari lagi aku dah kena balik.  Mungkin ini balasan sebab aku dajal orang cepat dapat balasan. 

Petang itu sampai sahaja di rumah aku terus ke dalam bilik untuk meng update blog aku tentang cerita aku pada hari ini biasanya aku mengupdate blog pada waktu malam setelah selesai aku melakukan tugas-tugas wajib aku di rumah, tetapi berbeza pula pada hari ini aku tidak sabar untuk menulis apa yang berlaku pada aku hari ini sehingga aku sendiri tidak pasti. maklum la blok sudah seperti dairy harian aku aku akan mengupdate apa sahaja yang aku lakukan dan apa sahaja yang berlaku pada diri aku.
computer dihadapan aku terlah di on kan tanpa melengah kan masa aku mula menaip entry terbaru

smart but senget..

petang semua..semoga happy selalu =)
cerita aku aku hari ini pasal bos aku yang aku penah cerita dekat korang dia memang handsome tapi huh..perangai tah apa-apa je(smart but senget)..asik nak mengenakan kan aku, tapi beza pula hari ini aku dapat kena kan dia nak tau aku buat apa?? jeng…jeng…jeng..hahah surprise tak?? he3..
sampai dia jadi orang yang paling rajin ke toilet huhu~~  guess what?? korang faham-faham la sndiri peace yo… :p
gembiranya bila tengok dia tak tentu arah nak cari toilet sampai salah-salah masuk toilet lagi masa tu rasanya macam nak bagi tahu semua orang I’m HAPPY.. sebab dapat kenakan dia yang memang suka sakit kan hati aku
tapi belum semapt aku nak meraikan kegembiraan aku mengenakan dia.  aku yang kena balik. Sebab..?? boleh pulak dia kata aku temenung sebab aku nak kahwin?? memang dasar mamat senget
yang tak boleh bla tu bila dia Tanya aku siapa orang yang ada dalam angan-angan aku tadi??
dia tak tahu yang aku tengah fikir kan dia..kalu dia tahu mesti dia perasan lebih oh..tidakkk …!!
tapi betul ke aku tak ada perasaan dekat dia??? wowww…benti mengarut syira…!!
ok lah sampai sini sahaja entry mengarut aku petang ini…
bersambun lagi…
xoxo..
daaaa….
love <3 syira

Lega rasanya bila dapat menulis di blog rasanya bagai lepas segala beban atau papa rasa yang ada dalam hati aku ni sebab dapat kongsi dengan kawan-kawan bloger aku..

selesai menulis aku mencapai tuala dan menuju kebilik air untuk mandi kalau lambat nanti mesti ibu bising, mula la khutbahnya jadi lebih baik lah aku mandi dan membantu ibu didapur.

Aku juga harus menyiap kan tugas-tugas harian aku dengan segera kerana tepat jam tujuh aku tidak mahu ketinggalan menyaksikan drama bersiri Rindu Bertamu Di Abu Dhabi yang menonjol kan watak Firdaus lakonan FA(Fahrin Ahmad) salah seorang actor yang sangat aku minati aku jadi untuk memasti kan aku tidak ketinggalan satu episode pun tepat jam 7.00pm aku sudah berada di hadapan tv, aku sememangnya seorang yang sangat gila pada drama-drama hampir keseluruhan drama-drama yang disiarkan di dalam televisyen pasti aku akan menonton nya bermula jam 7 hingga lah lewat malam selagi ada drama yang bersiaran selagi tu lah mata aku akan tetap celik hi hadapan televisyen.

Ibu dan ayah juga sudah sanagt-sangat faham dengan perangai aku yang gila drama kerana penah sekali  kami keluar makan malam tersebut ibu dan abah beria-ia mengajak aku makn di luar bagi menyambut hari lahir abang Riz. Pada masa abag Riz meniup lilin keknya aku menangis dengan sepenuh hati, semua orang disitu ingatkan aku menagis sebab tengok abang Riz tiup lilin tapi sebenarnya aku menagis mengingatkan yang aku tidak dapat menyaksikan episode akhir drama yang aku minati. Bila ingat-ingat balik kelakar la pula tapi itu lah aku yang sentiasa pelik.

Bersambung...

-Myra Amni-