Suka Cerita Bff-Inspiration?Silalah LIKE!

Saturday, June 8, 2013

Ada Cerita Di Sebalik Gambar Ini

Assalamualaikum...

Selamat petang semua...Mencari mood untuk bercerita di sini.Nak cerita mengenai gambar-gambar ini.  Sebenarnya ada ceria di sebalik gambar-gambar ini diambil.  Gambar-gambar ini di ambil kerana kami mahu menyertai satu peraduan.  Peraduan dari Kotex iaitu Peraduan Memberku Hawa "Erti Kawan."

Kebetulan suatu petang, ketika aku pulang dari kerja.  Sewaktu itu aku sedang memandu dan terdengar iklan di radio ERA mengenai peraduan ini.  Tanpa membuang masa aku terus memberitahu pada Faezah dan Myra.

Oleh sebab semangat ingin mencuba, kami telah memilih satu hari untuk membuat sesi pengambaran.  Hah!!Gitu gamaknya.  Berposak bergambar bersama anak-anak kecil.  Memang satu cabaran.  Oleh sebab mak-maknya begitu semangat, diredah juga sesi pengambaran itu dengan jayanya.

Selesai memilih gambar mana yang boleh dihantar, aku pun menghantarnya kepada FB iKnowmovement.  Cerita selanjutnya akan diceritakan kemudian..

Mari kita lihat gambar-gambar yang berjaya diambil.  Jurukameranya adalah adik aku sendiri iaitu hubby kepada Faezah.

 Hasil gambar pertama

Pose begini pula.

Pose yang kehabisan idea. Hehehe..Bolehler tu.  Kita orang bukannya super model yang tahu bergambar.  Setakat gambar begini bolehlah..

Okeylah, cukup sampai di sini.  Akan bersambung lagi.  Dan mungkin entri daripada teman-teman saya.  Tunggguuuu...

Yang menulis,
Fyda Adim

No comments:

Post a Comment

Terima Kasih Kerana Sudi Meninggalkan Komen Anda..Sila Berkunjung Lagi Ke Blog Ini