Suka Cerita Bff-Inspiration?Silalah LIKE!

Thursday, June 13, 2013

Bab 2: Kisah Cinta Kita...



Sambungan Kisah Cinta Kita....


BAB 2

            Jam menunjukkan 6.30 petang sewaktu aku sampai di rumah.  Terasa letih yang teramat sangat walaupun permulaannya aku hanya ditempatkan di bahagian kaunter tapi penatnya macam bekerja berat.  Mungkin sebab melayan karenah pelanggan yang terlalu banyak ragamnya dan tak kurang juga pelbagai ragam yang aku perlu tangani melalui telefon.  “YA  ALLAH…kuatkan aku menjalani semua ini hingga ke akhirnya.”  Sempat aku berdoa di dalam hati sambil berbaring di atas katil untuk merehatkan badan.  Kemudianya mata aku terarah ke meja tulis di hujung sudut bilik.

            Teringat akan blog aku yang sudah lama tidak dijengah.  Bersawang gamaknya.  Lantas aku mencapai laptop aku yang berada di atas meja.  Setelah di buka aku melihat banyak komen-komen yang ditinggalkan untuk cerita terakhirku  pada dua minggu lepas.  Teringat kisah sedih yang terjadi pada aku hari ini.  Jadi aku nak kongsikan juga di blog untuk dibaca oleh rakan-rakan blogger aku.  Seperti biasa jari jemari aku pasti akan menaip dengan pantas.  Aku memulakan ceritaku.

im going mad…

Lama sudah aku tidak mengupdate cerita di blog aku yang semakin bersarang dan bersawang ini. dah la tu dah lama tak up date tiba-tiba 1st  post I’m going mad…
ini semua gara-gara tugas petama, dihari pertama aku berpratikal…huh
sangat –sangat menguji fizikal dan mental aku…belajar lagi best weyyyy
hari ini aku jumpa macam-macam jenis manusia…kalau dah ramai orang tu faham-faham la lagi banyak la peel nye kan?? dan mangsa nya aku yang berada di kaunter bukan salah aku dan aku sendiri tak tahu menahu ujung pangkalnya tapi dah kene tengking bertubi-tubi hahaha(macam kene tumbuk pulak bertubi-tubi) nak buat macam mana hai la nasib…L kenapa la bos hensem aku tu tak bagi aku post yang lain merana rasanya..bos aku memang hensem tapi garang tak senyum pun dekat aku..aha cerita pasal bos aku nanti aku sambung di lain entry…hari ini nak meluah kan rasa sedih hancur dan luluh hati saya disebabkan aku kena tengking wahahahahah I need shoulder..!!! nasib baik ada kawan-kawan yang dekat pejabat aku walupun pada awal nya mereka Nampak sedikit sombong tapi rupanya baik juga hati dia orang memberi semangat kepada aku supaya tidak terlalu mengambil hati tentang itu..

bukan senang bekerja dikaunter sentiasa bersedia berhadapan dengan pelbagai kemungkinan yang bakal berlaku hati kena betul-betul kental untuk berada di kaunter itu lah yang boleh aku kata kan dari pengalaman pertama aku berada di kaunter.  selama ini aku selalu menganggap kerja di kaunter itu senang hanya perlu duduk, angkat telefon dan melayani tetamu mudah… tapi rupa-rupa nya ia amat-amat susah…
ok lah sampai di sini sahaja luahan hati yang gundah gulana ini bersambung cerita bos ensem aku tu pulak ok daaa…
love KHALISYA<3

            Sejurus selesai aku publish ceritaku, kedengaran suara ibu yang memanggil-manggil nama aku.  Segera aku menutup laptopku.
           
“Syira…..dah mandi belum?"  Jerit ibu dari arah luar.  Tidak lama itu pintu bilik dikuak dan ibu muncul di sebalik pintu.

            “Belum ibu.  Syira penatlah.  Rasa macam nak tidur je.”  Jawab aku sambil berbaring semula di atas katil

            “Jangan nak mengada-ngada Syira. Bangun sekarang dan pergi mandi.  Dah nak maghrib ni tak baik tidur, dah mandi segar sikit.  Cepat bangun…!!!” Jerit ibu sambil menarik tangan aku bila aku sudah menekup mukaku dengan bantal busukku.

            Akhirnya aku menuruti kata ibu.  Dengan langkah yang lemah, aku bangun dan menuju ke bilik air untuk mandi.  Selesai mandi aku kembali semula ke bilik untuk solat maghrib.  Kemudianya aku ke dapur untuk menolong ibu menyediakan makan malam kami.  Walaupun aku terasa sangat penat namun aku tetap membantu ibu di dapurkerana kesian dekat ibu.  Sudahlah sebelah siang melakukan kerja-kerja rumah seorang diri, bila aku ada bolehlah ringankan sedikit kerja ibu.

            Setelah siap makanan dihidangkan di atas meja, aku memanggil abah yang sedang leka menonton televisyen untuk makan malam.  Seperti kebiasaanya kami akan makan bertiga sahaja, abang aku Ridzuan hanya pulang pada hujung minggu sahaja tapi sejak akhir-akhir ini abang Ridzuan hanya akan pulang 2 atau 3 minggu sekali kerana dia kini berada di semester akhir.  Jadi banyak kerja-kerja yang perlu disiapkan.  Ceritanya pada ibu.

            Setelah siap mengemas dapur aku, dengan pantas ke ruang tamu untuk menyaksikan drama Ruby di tv3 lakonan Sharnaaz Ahmad dan Siti Saleha yang sememangnya tidak menghampakan dan sangat serasi bagi aku.  Walaupun aku tidak meminati pelakon Sharnaaz, tapi lakonannya dalam drama ini sangat mencuit hati.  Tersengih sendirian sewaktu aku menontonnya.  Sejak dari awal aku memang tidak pernah ketinggalan untuk menonton drama bersiri ini.  Sedang aku leka melayan cerita itu kedengaran suara ibu yang datang ke ruang tamu.

            “Tak tido lagi Syira??Dah pukul berapa ni..??Esok nak kena bangun pagi..” Ibu menepuk bahu aku dari belakang.  Entah dari mana ibu muncul aku pun tidak sedar kerana terlalu khusyuk menonton.

            “Lepas cerita ni habis Syira tidur la ibu." Jawab aku yang masih tekun menonton drama itu.

            Ibu hanya mengangguk “Tapi ingat lepas habis ni terus tidur. Pagi esok bukan main liat nak bangun."  Bebel ibu.

            “Ibu tidur la dulu.  Nanti lepas habis je cerita ni Syira terus tidur.”  Jawabku memberi keyakinan kepada ibu sambil mataku alihkan beberapa saat memandang ke arah ibu.  Ibu hanya mengangguk dan berlalu masuk ke bilik nya.

********* 
           

            Hari kedua aku berpraktikal, aku sampai lebih awal dari semalam pada jam 7.45 pagi aku sudah berada di kaunter.  Jadi dapatlah aku mengenal staf-staf di sini.  Setiap kali ada staf yang lalu pasti menegurku seperti mendapat perhatian mereka pagi ini.  Soalan yang sama ditujukan kepadaku.  Menanyakan kepada aku sama ada aku orang baru disini dan macam-macam lagilah soalan yang diajukan kepada aku hingga membuatkan aku terpaksa mengulangi jawapan yang sama.  Ikutkan hati, mahu sahaja aku rekodkan sahaja jawapan dan setiap kali ditanya aku hanya perlu mengulang rakaman tersebut.  Tidaklah membazir air liur aku.

            Tepat jam 8.30 pagi, kelihatan Encik Irsyad berjalan memasuki pintu hadapan.  Dia kelihatan sungguh segak dengan kemeja biru laut.  Selain ketampanan yang memang tidak dapat aku nafikan yang membuat aku terpukau seketika melihat gaya dia berjalan sudah menampakkan yang dia seorang lelaki yang berkarisma dan boleh menjadi pemimpin yang baik.  Itu hanya tekaanku.  Mata aku masih tidak beralih memandang kearahnya dari saat dia memasuki pintu hadapan.  Ssenyuman sentiasa dilemparkan kepada semua staff yang dijumpainya.  Senyum pula mamat ni.  Mesti in the good mood.  Sekali lagi aku membuat tekaan sendiri.  Senyuman yang aku tak pernah lihat sepanjang satu hari aku di sini semalam.  Aku agak musykil melihat dia masuk dengan senyuman.  Kenapa dengan orang lain dia boleh senyum sampai ke telinga..? Tapi bila dengan aku tak pernah nak senyum.  Muka nak bengis je.  Telahanku.  “Ai..nasib baik muka kau ensem kalau tak dah sah-sah aku menyampah uhh….”keluh ku.

         Dalam sedang aku berkhayal memikirkannya tiba-tiba kedengaran ketukan di meja kaunter aku. “Pagi-pagi dah temenung.  Macam mana nak bekerja ni..?” tegur Encik Irshad yang sudah berada di hadapan aku seperti biasa dengan mukanya yang kelat memandang kearah aku.  Terus lamunan aku mati.


            Aku hanya mampu senyum seperti kerang busuk apabila Encik Irshad mula menegurku.  Senyuman itu sekadar untuk aku menahan rasa malu yang mula menebal ini.  Aku cuba mengelak supaya tidak terlalu kelihatan kalut dengan seakan-akan cuba mencari kertas walaupun aku sendiri tidak tahu apa tujuan aku mencari kertas tersebut.

            Dia ni pulak kenapa tak begerak dari tadi?Pergilah masuk dalam bilik kau tu ishhh…apa yang dia nak ni..?? Marahku di dalam hati.

         “Awak cari apa tu Cik Khalisha Insyirah??” soal Irshad yang masih setia berdiri berhadapan denganku.

            Aku  mengangkat muka memandang kearahnya  “Emm..saya….saya….saya cari kertas nombor sambungan ni, tak jumpa pula."  Gugup sahaja aku bercakap dengannya.

            Amat sukar mulut aku untuk bertutur dengannya, mengeluarkan kata-kata dari bibir ini,  kenapalah dengan aku ni asal susah sangat nak cakap ni.

            “Oh..kalau nak cari kertas kena termenung dulu ke?Baru dapat ilhamlah dekat mana letaknya kertas tu…!Dekat tangan awak tu bukan kertas nombor sambungan tu ke?” sinis sahaja kata-katanya kepada aku sambil berlalu.

            Merah padam muka aku bila diperli oleh Encik Irshad tadi.  Tak tahu di mana hendak aku sorokkan muka aku ni. Ishhhh…kau ni Syirah asal kau pegi pandang dia?Siap mengelamun lagi sampai kertas dekat tangan kau pun kau tak perasan Syira..!!Kan dah malu.  Padan muka aku..!Aku menjerit-jerit di dalam hati memarahi diri sendiri yang begitu cuai.

            Beberapa minit kemudian Kak Emma sampai  “Maaflah Syira. Kesian awak kena jaga telefon sorang-sorang.  Akak lambat sikit nak hantar anak akak pergi taska tadi dia buat perangai pula pagi-pagi ni.  Menangis-nangis  tak nak kena tinggal.  Nak pujuk dia tadi dah ambil masa dengan jammed lagi…”  terang Kak Emma panjang lebar.

            “Oh..Tak apalah kak.  Saya okey je.” aku menjawab sambil tersenyum cuba menyembunyikan perasaan sebenarku.

            “Akak risau lambat ni.  Tengah drive teringat boleh ke tak Syira ni jaga sorang-sorang. Dahlah baru nanti kalau orang telefon tanya apa-apa tak ada orang nak bantu pulak.” kata Kak Emma dengan wajah yang penuh dengan rasa serba salah.

            “Kak Emma tak payah risau sangatlah.  Saya bolehlah, tak payah risau kalau dah tak tahu sangat saya boleh tanya dengan kak Syirin."  balasku untuk sedapkan hati Kak Emma.  Sambil tersenyum Kak Emma mengangguk tanda setuju dengan kata-kata aku tadi.

         Hari ini aku baru tahu yang Kak Emma bukan sahaja menjaga kaunter tetapi sesekali dia terpaksa merekod surat dan sebagainya bagi menggantikan tugas Kak Aliyah yang selama seminggu.  Ada masa Kak Emma meminta bantuan aku untuk merekod surat jika dia punya tugasan lain.

            “Syira, tolong akak hantar surat ni pada Encik Irshad.  Sebab ini surat penting tentang  mesyuarat pukul 10 pagi ni..”  pinta Kak Emma.  Mendengar nama Irshad membuatkan badanku terasa lemah seluruh.  Malas betul mahu berhadapannya sekali lagi.

            “Ala, Kak Emma la bagi kat dia.  Syira boleh tolong buatkan keja akak dulu.” jawabku sambil berjalan menuju ke arah meja Kak Emma lantas mengambil beberapa helai kertas untuk dimasukan kedalam sampul surat. Sebolehnya aku cuba mengelak dari menghantar surat panggilan mesyuarat itu kepada Encik Irshad.  Aku akan mencari alasan untuk tidak berjumpa dengannya.  Tidak sanggup berhadapan dengannya dan diperli-perli.  Sebelum aku menjadi mangsa buli dan mangsa perli, adalah lebih baik aku mengelak.

            “Eh…Tak boleh akak ada banyak lagi ni nak kena buat.  Syira pegi je hantar pada dia..” arah Kak Emma menarik semula semua kertas yang aku ambil di mejanya dan dihulur kepada aku kertas panggilan mesyuarat untuk Encik Irshad tadi.

            Aku buntu.  Sudah kehabisan idea untuk diberikan kepada Kak Emma.  Akhirnya aku terpaksa akur dan melangkah lemah menuju ke bilik Encik Irshad.

            Malas betul aku nak jumpa dia ni la.  Ada aje yang salah aku dekat mata dia.  Kalau tak ada salah pun dia mesti cari juga salah aku, nasib baiklah kau tu bos aku.  Kalau tak aku dah hentak-hentak kepala kau…tau!!!Wah, garangnya aku.  Tiba-tiba aku tersedar.

            Dalam sedang hati aku berkata-kata, hingga aku tidak perasan yang aku sudah berada betul-betul di hadapan pintu bilik Encik Irshad.  Aku tercengat sebentar di depan biliknya.  Terasa amat berat tangan aku untuk mengetuk pintu biliknya.  Namun terpaksa juga aku lakukan kerana ini adalah tugas dan amanah.  Aku perlu serahkan juga surat mesyurat ini padanya.  Aku mengeluh perlahan.


Tuk…Tuk… pintu biliknya aku ketuk.

             “Masuk..”suara Encik Irshad kedengaran dari dalam biliknya.

            “Selamat pagi Encik Irshad.” Aku masuk dengan memberikan senyuman yang semanis mungkin yang aku mampu.  Walaupun aku terpaksa melemparkan senyuman itu.  Dia hanya membalas dengan senyuman yang kelat terhadap aku.  Namun itu semua tidak aku hiraukan.  Apa yang pasti aku harus menyerahkan surat yang masih aku pegang kepadanya tentang mesyuarat penting ini.  Selebihnya aku tolak ketepi.

          “Encik Irshad ada mesyuarat penting dengan MADIRA Marketing pada pukul 10.00 pagi ini.  Mereka mahu membentangkan tentang projek pengeluaran makanan sejuk beku mereka yang bernilai 1.2juta bagi pemasaran dalam dan luar negara dan Encik Irshad chair bagi mesyuarat ini.”  Tuturku dengan lancar walaupun terdapat perasaan gementar dalam diri yang cuba aku bendung supaya tidak terlalu ketara kerna ini akan menambah peluang dia untuk mengenakan aku.  “Oh tidak akan sesekali aku memberi peluang padanya..”Detikku di dalam hati.  Macam iklan dekat tv  pula serentak aku tersenyum sendiri.

            “Asal tiba-tiba tersenyum tu??”soal Encik Irshad seperti orang tidak puas hati.

            Pertanyaan dia itu mengejutkan aku dari melayang seketika.  “Emm…arr….saya…takda apa-apa encik..ha..takda apa-apa..” jawabku  tergagap-gagap dengan kebingungan.

            Dia ni nampak je aku gelak ke??Senyum ke?Apa ke??Saja nak cari salah aku..!!Aku mengomel sendiri.


            “Boleh pula awak senyum tanpa sebab??Biasanya orang kalau senyum tanpa sebab ni dia…”Dia mematikan kata-katanya setakat itu lantas berhembur gelak darinya kepada aku.

            Aku mengerutkan dahi.  Kebencian aku terhadapnya kali ini makin bertambah bukan sekali ganda tapi aku rasa kali ini berpuluh kali ganda. Suka hati dia sahaja nak kata aku GILA…!!Dialah yang gila.!

            Aku hanya melihat dia tergelak.  Kali ini aku rasa seperti mahu menghentak kepalanya ke dinding dan tumbuk-tumbuk muka dia tu..rasa nya tidak terbendung lagi rasa marah yang meluap-luap terhadap nya. Aku hanya mendiam kan diri dan mendengar gelak tawanya yang sememangnya menyakit kan hati aku.

            Aku rasa jika aku membalasnya pasti akan terjadi sebuah pertelingkahan antara aku dengan dia, demi menghormati dia sebagai orang atasan aku, diam dan hanya dengan bersabar sahaja adalah jalan yang terbaik.

           “Ada apa-apa yang boleh saya bantu lagi Encik Irshad Naufal..??” Tanya aku kepada dia yang masih belum menghabiskan gelak nya.  Akhirnya gelaknya terhenti.

            “Buat masa ni takda apa-apa..nanti kalo ada yang perlu saya panggil awak.” jawabnya sambil memandang ke arah aku sambil melemparkan senyuman yang tidak ikhlas kepadaku.

            Aku hanya senyum dan melangkah keluar dari biliknya.  Aku terus menuju ke arah kak Emma.  Hanya dia saja tempat untuk aku bercerita, kawan yang aku ada dan yang boleh aku percayai buat masa ini.  Sampai di meja Kak Emma dia bagai dapat meneka apa yang berlaku pada aku.

            “Ha…Ni kenapa muka macam mencuka bila keluar dari bilik bos??”

            “Ishhh…geramnya saya dengan mamat senget tu…!!!Ssuka-suka hati dia je nak cakap saya gila rasa macam nak lempang-lempang je muka dia tu. Nasib baik la saya fikirkan saya nak habiskan praktikal saya ni kalau tak dah lama saya berhenti kak.  Tak sanggup melayan si senget tu…”  Aku mengeluh tak henti-henti.

            “Sabarlah Syira..Jangan marah-marah nanti awak cepat tua. Muda-muda lagi dah kedut seribu..” kata kak Emma sambil ketawa besar mendengar kata-kata aku tadi.

            “Kalau duduk dekat sini lama lagi kak memang saya pun jadi gila…dia dah senget nak buat orang lain pun senget macam dia juga..”

            “Dah la Syira..Sabar banyak-banyak, akak pun tak boleh nak kata apa sebab akak rasa dia tu okey je tak de pula dia buat macam tu dekat mana-mana staff sebelum ni..” terang kak Emma kepada aku.

            Dia memnag tak puas hati dengan aku sejak dari hari pertama saya jumpa dia memang dia dah menyampah.  "Dia ingat saya nak sangat ke tengok dia.  Kalau dia sekali menyampah tengok muka saya, saya 10 kali ganda lagi menyampah nak tengok muka dia..” kata aku kepada kak Emma.  Secara tak sengaja aku meluahkan rasa geram yang teramat.

            “Akak tahu…tak payah nak ambil hati sangat dengan encik Irshad tu, mungkin dia bergurau je tu.  Lagi satu akak nak nasihatkan ni, jangan nak benci-benci sangat nanti orang tu la yang jadi suami awak baru tahu.” Seloroh kak Emma terhadap aku.  Aku membuat memek muka yang tidak senang dengan kata-kata kak Emma itu.  Takkan aku nak bersuamikan lelaki seperti itu! Kataku di dalam hati.  Full stop!

            “Ishhh kak Emma ni orang tengah sakit hati boleh pula dia begurau lagi..” rengek aku.

            Kami sama-sama berpandangan dan tersenyum.  Itulah antara sebab aku senang berkawan dengan kak Emma walaupun usia dia dengan aku agak jarak jauh namun dia sangat memahami aku dan kadang-kadang dia lebih bersifat seperti kanak-kanak daripadaku.

-Myra Amni-

BERSAMBUNG LAGI...

Sumber gambar dari google



2 comments:

  1. Ala..kena tunggu lagi..........dah best dah nie......

    ReplyDelete
  2. oh name saye dlm citer ni. hehehe~
    im syiera, follow dari blog kak alfidah :)

    ReplyDelete

Terima Kasih Kerana Sudi Meninggalkan Komen Anda..Sila Berkunjung Lagi Ke Blog Ini