Suka Cerita Bff-Inspiration?Silalah LIKE!

Friday, June 14, 2013

Bab 3 : Kisah Cinta Kita



BAB 3

            Hari ini genap 4 bulan aku di sini.  Keadaan di sini semakin baik dan semakin ceria, semua di sini seakan sudah dapat menerima aku walaupun ada segelintir yang masih dengan sikap tidak berapa mesra dengan aku tapi aku tidak mengambil itu sebagai halangan untuk aku menghabiskan praktikal aku yang masih berbaki 30 hari di sini.  Cukup dorongan kawan-kawan yang sangat memahami dan sentiasa membantu menyelesaikan tugasan yang di berikan kepada aku.

 
            Selama  empat bulan ini juga aku melayani pelbagai karenah Irshad yang sangat-sangat menguji kesabaran aku.  Hingga kadang kala aku rasa takut kalau kesabaran yang aku ada ini tak mencukupi untuk aku bertahan dalam tempoh 30 hari lagi ini.  Kedengaran bunyi telefon di meja kaunter ini.  Siapa pula yang telefon pagi-pagi ni?Soalku sendiri.  Kebiasaanya telefon ini akan mula berdering bermula jam 9.30 pagi..

              “Hello, selamat pagi.” Aku menjawab panggilan ini dengan penuh tanda tanya.

            “Selamat pagi… Syira, saya Irshad ni.  Masuk bilik saya sekarang.”  Terdengar suara garau encik Irshad di corong telefon.  Aku mula pelik apabila dia membahasakan dirinya 'Irshad'.  Buang tabiat agaknya mamat ni.  Getusku.

            “Baiklah…” jawabku ringkas.  Apa lagi yang dia nak, pagi-pagi dah ganggu hidup aku.  Rungutku sambil melangkah menuju ke biliknya.  Pintu biliknya aku ketuk. Setelah diberi arahan untuk masuk, barulah aku membuka pintu biliknya. Kelihatan encik Irshad sedang sibuk membelek-belek fail yang berada dia atas mejanya.

            “Selamat pagi encik Irshad.  Ada apa encik panggil saya??” sapaku dengan senyuman yang sememangnya tidak ikhlas dari hati.

            “Ye…duduk..” dia merenung ke arah aku kemudianya kembali membelek failnya.  Lantas aku menarik kerusi di depannya untuk duduk.

            Setelah beberapa minit aku aku duduk di situ tanpa diberi apa-apa arahan, aku mula rasa gelisah.  Apa yang dia nak suruh aku buat ni?Dari tadi dia hanya membuka fail-fail yang ada di hadapannya.  Dah kenapa pulak dengan dia ni?Tadi panggil aku, bila aku dah masuk dekat dalam ni dia boleh tak cakap apa-apa.  Daripada aku masuk tadi hanya diberi arahan untuk duduk tapi takkanlah dia nak suruh aku duduk depan dia menghadap mukanya yang handsome tu dari pagi sampai ke petang.

            Setelah sepuluh minit berlalu aku masih tidak diberikan apa-apa tugas, hanya duduk di situ melihat dia melakukan tugas-tugasnya.  Dia masih tekun membuat kerja-kerjanya.  Serba-salah aku dibuatnya.  Lalu aku mengambil keputusan untuk beredar.  Sambil bangun aku bertanya kepadanya

            “Maaf ya encik Irshad.  Kalau tak ada apa-apa, saya keluar dulu.  Dah lama saya duduk sini tak buat apa-apa.  Kesian kak Emma sorang-sorang buat kerja tu”  kataku kepada encik Irshad yang masih tekun membelek-belek fail di tangannya.

            “A’ha finally…bercakap jugak awak kan..??Ingatkan awak tak boleh bercakap atau pendek kata awak bisu. Bagus pertanyaan awak tu.  Ape awak nak kena buat kan?? Emmm..sebenarnya saya nak suruah awak buatkan air untuk saya je.  Tapi saya nak dengar dulu suara awak tu.  Kalau awak cakap dengan nada yang lembut tu maknanya kopi yang awak buatkan untuk saya pun akan manislah rasanya kan??” katanya panjang lebar dengan muka yang tidak sedikit pun menunjukkan rasa bersalah.  Aku hanya mampu mendengar tanpa boleh memotong sedikit pun percakapannya.

            Alangkah sakitnya hati yang aku rasakan tidak dapat aku gambarkan. Memang sudah dalam jangkaan aku yang dia pasti cuba menguji kesabaran aku.  Rasanya kalau satu hari dia tak buat aku marah tak lena tidur dia kerana itulah saban hari dia akan mencari cara untuk membuatkan aku marah dan sakit hati kepada dia.

            Aku hanya tersenyum sinis dan menjawab  “Eh..kalau untuk encik saya pasti buat yang manis dan yang paling sedap saya sediakan.  Encik tak payah risau..kalau macam tu saya pergi buat sekarang airnya..” 

            Dia hanya menganggukan kepalanya.  Aku melangkah menuju ke pantri untuk menyediakan minuman yang diminta.  “Oh kau nak air yang manis kan??Memang manis aku bagi dekat kau pagi ni..” Sambil aku meletakkan 3 sudu gula ke dalam kopi yang aku bancuh dalam cawan.  Biar rasa manisnya dan biar kena kencing manis!Aku tersenyum sendiri apabila selesai membancuh kopi untuknya.  Aku kembali kebiliknya dengan membawa kopi yang telah dibancuh untuknya.

            Pintu biliknya aku tolak  “Encik Irshad ini kopinya.  Kalau tak ada apa-apa saya keluar dulu..?”  kataku sambil meletakkan cawan yang berisi kopi di depannya.

            “Baiklah..awak boleh keluar..” Kata Irshad yang seakan senang dengan kopi yang aku sediakan.

            Aku mempercepatkan langkah keluar sambil memikirkan apa yang akan terjadi pada encik Irshad apabila dia meneguk kopi yang telah aku bancuh itu.  Pastinya kopi itu memang terasa manis yang teramat sangat.  Mana taknya sepatutnya untuk secawan kopi itu hanya perlu diletakkan 1 sudu gula sahaja tapi aku telah masukkan 3 sudu gula dalam kopi itu.  Apa-apa pun aku tak peduli biar dia rasa macam mana aku rasa sakit hati bila dia buat aku macam tunggul sahaja depan dia dari tadi.  Sukakan nak kenakan aku?Aku tergelak sendiri.  Namun jauh di sudut hati aku merasa serba salah kerana melakukan itu.

            “Eh…tak boleh jadi ni..asal la aku rasa bersalah pula ni, kenapa dengan kau ni, Syira?? Dia biasa buat kau macam-macam tanpa rasa bersalah pun kau baru sekali nak kena kan dia dah rasa bersalah sangat-sangat ni kenapa..??”

            Setelah beberapa saat aku memikirkan rasa bersalah yang makin menular dalam diriku ini lalu aku mengambil keputusan untuk mengambil semula air yang aku sediakan tadi.  Baru sahaja aku sampai di depan pintu biliknya aku dapat melihat dari arah cermin pintu encik Irshad baru sahaja mahu meneguk kopi yang disediakan oleh aku tadi.  Belum sempat aku menghalangnya kelihatan Irshad sedang meneguk air di dalam cawan tersebut.

            “Aduh macam mana ni??Habislah aku..”keluh aku di dalam hati sambil memerhatikan Irshad yang sedang elok meneguk air itu.

            Namun perasaan aku semakin pelik kerana Irshad telah menghabiskan kopi itu tanpa sebarang reaksi yang menampakkan dia marah atau apa-apa.

            “Ishh…pelik betul la mamat ni.  Asal dia tak tersembur bila minum air aku yang manis tu??”  aku ragu-ragu melihatnya.  Tak ada perasaan agaknya mamat ni.  Aku kebingungan memikirkanya.

            Tiba-tiba terasa seseorang yang menepuk aku dari belakang.  “Hoi...kau buat apa ni Syira??” kata kak Syirin yang berada betu-betul di belakang aku.  Hampir gugur jantung aku apabila tersentak dengan sapaan dari kak syirin itu.

         “Emm..kak Syirin..Syira….ar…Nak hantar fail pada encik Irshad..” jawab aku dengan cuba melindungkan perasaan terkejut aku dan tujuanku sebenar.

           “Ye la tu..akak tengok kau mengintai-intai dari tadi dekat depan bilik encik irshad ni kenapa??Ke Syira syok dekat encik Irshad tu yang sampai dia minum pun nak mengintai..??” Tanya kak Syirin bagai mengesyaki sesuatu.

            “Eh..tak la kak.  Saya nak hantar fail..Cuma nak tau juga mood encik Irshad dulu mana la tahu kalau angin dia tak baik pula ke?Tak pasal-pasal pula saya kena marah pula kan??” aku cuba berdalih. 
 
            “Ye lah kau tu Syira..Kalau nak hantar fail mana failnya?Akak tak nampak pun dekat tangan kamu ada pegang fail?” kata kak Syirin yang seakan tidak mempercayai kata-kataku.

            “Betul kak.  Saya nak tengok mood dia dulu.  Kalau okey barulah saya ambil failnya.” aku menjawab tanpa memandang ke arah kak syirin sambil berlalu menuju ke meja aku semula.

            Inilah masalah aku yang sukar di bendung.  Aku akan mudah menggelabah bila aku melakukan kesalahan dan sentiasa kelam kabut.  Jadi aku mengambil langkah dengan berlalu dari situ sebelum kak Syirin mengasak aku dengan pelbagai lagi soalan.

~Myra Amni~

 Sumber gambar dari google..

No comments:

Post a Comment

Terima Kasih Kerana Sudi Meninggalkan Komen Anda..Sila Berkunjung Lagi Ke Blog Ini