Suka Cerita Bff-Inspiration?Silalah LIKE!

Thursday, June 13, 2013

Di Sebalik Kisah Cinta Kita & Dia, Pilihan Hatiku

Assalamualaikum...

Selamat tengahari semua..Entri tengahari ini ditulis untuk dibaca sementara menunggu sambungan Kisah CInta Kita daripada Myra Amni.  Sabar ye pada kengkawan yang ada membaca Kisah Cinta Kita.  Nantikan bab seterusnya daripada Myra Amni.

Nak cerita serba sedikit mengenai dua tajuk di atas, cerita yang ditulis oleh Qaseh Qistina dan Myra Amni.  Kami berdua bukanlah penulis yang profesional mahupun novelis jauh sekali.  Kami berdua menulis kerana minat yang mula berjinak-jinak dengan dunia blogging.

Dua cerita ini ditulis secara suka-suka dan kebetulan kami terperasan akan pertandingan ebuku yang dianjurkan oleh eSentral dan Maxis.  Terus kami nekad dan mengambil keputusan untuk menyertai pertandingan tersebut.

Idea yang dikongsi bersama untuk menghasilkan dua buah cerita.  Rupanya bukan senang untuk menjadi seorang penulis.  Fuh!!!Memang mencabar rupanya.  Tapi kami tetap minat.

Oleh itu, pada sesiapa yang membaca cerita-cerita kami janganlah mengharapkan sesuatu yang luar biasa daripada kami.  Kami hanya budak baru belajar.  Banyak lagi yang perlu dipelajari dan perbaiki.  Jika mahu memberikan pendapat dan cadangan yang membina amatlah dialu-alukan.

Dia, Pilihan Hatiku oleh Qaseh Qistina.

Kisah Cinta Kita..
Kisah CInta Kita oleh Myra Amni...

Kami akan melakukan yang terbaik...InshaAllah...

Sekian dulu entri tengahari ini.  Akan bersambung lagi dengan cerita seterusnya daripada Myra Amni.  Tungguuu...Kalau nak tahu pengakhiran kisah Irshad dan Insyirah jangan lupa singgah di sini.  :D

Terima kasih pada yang sudi membaca cerita-cerita kami yang tidak seberapa ini.

No comments:

Post a Comment

Terima Kasih Kerana Sudi Meninggalkan Komen Anda..Sila Berkunjung Lagi Ke Blog Ini