Suka Cerita Bff-Inspiration?Silalah LIKE!

Wednesday, June 26, 2013

Novel : Teduhan Kasih

Assalamualaikum...

Selamat pagi semua.  Hari ini aku nak bercerita tentang novel yang telah aku habis baca.  Ini adalah salah satu novel yang telah menjadi dalam koleksiku.  Seperti yang sedia maklum, salah satu skop dalam blog bff-inspiration ini adalah berkaitan dengan penulisan novel.  Hah gitu kekdahnya.

Aku beli novel TK ini secara online dari Karya Seni.  Pada sesiapa yang minat membaca novel bolehlah terjah ke laman web KS di SINI.  Aku beli novel ni bila dapat tahu menjadi salah satu novel yang diadaptasi.  So aku pun beli.

Jujur aku katakan, novel ini memang best.  Ini pendapat aku ye.  Bukan semua orang yang sama pendapatnya.  Hasil karya Kak Marissa.  Sekarang dramanya sedang ditayangkan di TV3 setiap hari isnin hingga khamis jam 7.00 malam.  Aku memang mengikuti drama itu dari awal hingga ke epidod sekarang.  Kalau tak berkesempatan menontonnya aku akan tengok semula kerana aku ada rekod drama itu.  Cuma kali ini, mungkin jalan cerita novel dan dramanya ada sedikit berbeza.  Itu tak apa kut.  As long endingnya nanti adalah happy ending. ^___^

Sinopsis TK :

"Kau ingat dengan anak ni kau boleh paksa aku ubah keputusan aku? Kau nak ugut aku dengan anak kau ni? Eh! Kau jangan haraplah aku akan ikut kehendak kau. Aku tetap ceraikan kau!" -RYZAL.

Sampainya hati Ryzal, hanya kasihnya sudah tertumpah buat Ayu teman baikku sendiri, tergamak dia menyingkirkan aku dalam keadaan begini. Ketika aku mengandungkan anaknya, dia melafazkan talak.


Dan ketika aku merasakan aku sudah tiada siapa-siapa lagi di dunia ini dan jalan yang bakal aku lalui sangat gelap, dia hadir menyuluh kegelapan itu. Sekali gus meletakkan aku di tengah-tengah persimpangan di antara keikhlasan dan kenangan semalam.

"Sebab kita ada Adam. Kita nikah sebab Adam. Apapun yang berlaku, kita hanya fikirkan tentang Adam. Lagipun abang dah bosan hidup begini. Hidup abang benar-benar kosong. Tapi sejak abang kenal Adam, seperti hidup abang terisi dengan sesuatu. Abang mahu kita hidup sebagai sebuah keluarga. Abang tahu pintu hari Iffa tidak akan terbuka untuk mana-mana lelaki lagi, tapi tolong fikirkan cadangan abang ini." -EHSAN.

Aku benar-benar terperangkap. Sedangkan lelaki yang aku cintai separuh nyawa juga dengan mudah berlaku curang. Inikan pula dia, lelaki yang aku sendiri sedia maklum akan masa lampaunya yang kotor. Kelak akan adakah bahagia untuk aku dan anakku? Namun aku tahu hanya dengan Ehsan saja kami menumpang teduh.
 
Bagi aku, geram dengan watak Ayu.  Sering sakit hati dengan Iffa.  Tidak senang duduk bila melihat  Iffa lebih daripadanya.  Memang wujud manusia seperti Ayu ini.  Walaupun berkawan baik tetapi dia sanggup merampas kebahagiaan kawannya sendiri.

Pengakhiran cerita yang sangat best.  Mestilah happy ending.  Walaupun Iffa terpaksa melalui pelbagai rintangan tapi akhirnya dia ketemui kebahagiaan buat dirinya sendiri.  Ehsan pula telah insaf dengan perbuatannya.  Setiap manusia boleh berubah.  Terpulang pada diri masing-masing untuk mengubahnya samada menjadi lebih baik atau menjadi lebih jahat. 

Sekian...


No comments:

Post a Comment

Terima Kasih Kerana Sudi Meninggalkan Komen Anda..Sila Berkunjung Lagi Ke Blog Ini