Suka Cerita Bff-Inspiration?Silalah LIKE!

Monday, June 10, 2013

Pengalaman Manis Kami Bersama Kotex

 Assalamualaikum...

Selamat pagi.  Hari isnin kembali lagi.  Pagi ni aku nak bercerita serba sedikit tentang pengalaman manis kami bertiga ketika menghadiri ujibakat bersama Kotex Erti Kawan.  Entri ini adalah kesinambungan daripada entri sebelum INI.

Setelah menghantar gambar dan juga slogan, Mira Mokhtar telah mendapat panggilan telefon daripada pihak Kotex kerana gambar kami telah terpilih.  Seramai 25 peserta yang dapat untuk ke ujibakat tersebut.  Kemudian, pihak Kotex menghantar email kepada Mira Mokhtar.  Video klip Nad Zainal dengan temannya yang menari.  Kami kena berlatih untuk mengikut rentak seperti dalam video tersebut.

Tiga hari berturut-turut kami berlatih.  Kami berlatih selepas pulang daripada kerja.  Berlatih ikut pengetahuan masing-masing.  Kami pun bukan penari tapi nasiblah Faezah Alias tu penari.  Dia yang banyak mengajar aku dan Mira Mokhtar step dalam video tu. 

Alhamdulillah, tiga hari tu dapatlah kita orang hafal.  At least masa ujibakat tu, tidaklah kami tidak buat apa-apa.  Perasaan sewaktu sebelum ujibakat sangat sangat mendebarkan.  Aku?Memang dah gigil habis.  Mana taknya, punya ramai orang.  Fuh!!!Lap dahi yang berpeluh-peluh.  Walaupun duduk dalam bangunan yang berhawa dingin.

Akhirnya kami dapat juga menari dengan step yang kita orang berlatih selama tiga hari.  Puas hatilah.  Lepas ujibakat terus lega.  Tarik nafas panjang-panjang.  ^__^

Jom tengok gambar kita orang...

 Kami bertiga sebelum bertolak menaiki bas ekspress.

 Inilah tempatnya.

 Untuk menghilangkan rasa gementar mari kita bergambar.

 Di sinilah ujibakat dijalankan.

 Bergambar sebelum pulang.

 Cenderahati yang kami dapat daripada Kotex.  Terima kasih kotex!!


No comments:

Post a Comment

Terima Kasih Kerana Sudi Meninggalkan Komen Anda..Sila Berkunjung Lagi Ke Blog Ini