Suka Cerita Bff-Inspiration?Silalah LIKE!

Monday, June 10, 2013

Sinopsis Kisah Cinta Kita..

Selamat pagi..

Salam perkenalan kepada semua..

"KISAH CINTA KITA" merupakan hasil karya aku yang pertama atau percubaan aku dalam bidang penulisan ini.  Novel versi pendek ini aku tulis untuk menyertai satu pertandingan iaitu Pertandingan Menulis eBuku anjuran Maxis dan juga eSentral.  Alhamdulillah, aku telah memenangi tempat ke-4 dalam eBOOK Competition 2013.

SINOPSIS

Pertunangan yang tanpa pengetahuan Syira, malah perkenalan dengan Irshad yang sangat menyakitkan hati pada setiap hari di tempat praktikalnya, menimbulkan rasa benci namun dalam tidak disedari timbul rasa cinta walaupun sering dinafikan oleh Syira.

Ishhh…geramnya saya dengan mamat senget tu…!!!Suka-suka hati dia je nak cakap saya gila.  Rasa macam nak lempang-lempang je muka dia tu.  Nasib baik la saya fikirkan saya nak habiskan praktikal saya yang tiga bulan sahaja ni.  Kalau tak, dah lama saya berhenti kak.  Tak sanggup melayan si senget tu…” –Khalisha Insyirah-

Oh..kalau nak cari kertas kena termenung dulu ke?Baru dapat ilham la dekat mana letaknya kertas tu…! Yang kat tangan awak tu bukan kertas nombor sambungan tu ke?” soal sinis Irshad kepada aku sambil berlalu. –Irshad Naufal-

 Pada satu hari Syira telah mengetahui tentang pertunangan Irshad yang membuatkan Syira sedar akan perasaan yang tidak pernah diakuinya.  Hatinya terasa sakit yang teramat apabila mendengar perkhabaran itu,  sedikit demi sedikit dia mula mengakui akan perasaannya.

Namun segalanya baginya sudah terlambat hingga pada satu saat dia memilih untuk melupakan segala rasa yang telah lama tumbuh dalam hatinya, kerana prinsip hidupnya yang  tidak mahu merampas kebahagiaan orang lain. Cubaannya untuk menghakis perasaan itu gagal kerana semakin dia cuba membuang rasa itu jauh dari hidupnya semakin kuat rindu yang dirasakannya.  

 Namun pada hari konvokasyen telah membuka satu rahsia, yang sukar dipercayai Syira..
Apakah rahsia yang di simpan oleh ayah dan ibunya selama ini??
Dapatkah Syirah menerima kenyataan itu?
-Myra Amni-
#hakciptaterpelihara 


No comments:

Post a Comment

Terima Kasih Kerana Sudi Meninggalkan Komen Anda..Sila Berkunjung Lagi Ke Blog Ini