Suka Cerita Bff-Inspiration?Silalah LIKE!

Thursday, September 26, 2013

Sebuah Pengharapan

Di saat diri ini kosong
Tercari-cari akan sesuatu
Yang masih belum digapai
Pasti jiwa meronta-ronta

Usah berpaling ke belakang
Terus mara ke hadapan
Dalam mencapai sebuah harapan
Azam pasti sentiasa tersemat

Gagal bukan melemahkan diri
Putus asa bukan ubatnya
Usaha adalah penawar sebenar
Demi sebuah impian diri
Agar ia dalam genggaman

Nukilan : Qaseh Qistina

Thursday, September 19, 2013

Bab 7: Kisah Cinta Kita


            Hari ini adalah hari pertama aku memulakan kuliah untuk semester akhir.  Setelah menamatkan latihan praktikal, aku kembali ke sini bersama dengan kawan baikku, Melisa Medina.  Gembira rasanya bila dapat berjumpa rakan-rakan yang sudah lama tidak bertemu membuatkan aku hilang rasa sedih, rindu bila berjauhan dengan ibu dan abah.  Pejam celik sudah hampir tiga tahun aku berada di sini.  Negeri Perak Darul Ridzuan yang pada mulanya aku terasa berat hati untuk ke sini.  Tetapi atas desakan dan pujuk rayu ibu, ayah serta abang Ridzuan akhirnya aku menjejakkan kaki juga. 

      Tetapi ada satu yang tidak boleh aku lupakan.  Aku sendiri tidak mengerti kenapa aku perlu mengingatnya.  Dia sering bermain-main di minda.  Di mana-mana sahaja pasti bayangannya muncul.  Malah juga di dalam tidurku.  Angaukah aku?Tidak mungkin.  Teringat akan senyuman dia walaupun sesekali muncul wajah seriusnya.  Itu yang selalu terbayang diminda bagaikan pita rakaman yang dimainkan secara berulang kali.  

         “Hoi Syira..!!Apa yang kau menungkan tu?” Sergah Melisa yang membuatku tersedar daripada lamunan.

          “Ish..kau ni Melisa. Terkejut aku tau.  Janganlah sergah-sergah macam tu..kau nak aku mati cepat ke?” Marahku sambil tanganku pantas menampar lembut pada kaki Melisa yang baru sahaja ingin melabuhkan punggungnya bersebelahanku.

           “Ye..lah kau tu berangan tak ingat dunia, apa masaalah kau ni? cerita cepat..!Dari tadi aku tengok kau menongkat dagu seperti memikirkan sesuatu.  Ada apa-apa yang bermain di fikiran kau ke?” soal Melisa dengan dahinya sedikit berkerut. 

           “ Tak ada apa-apa la…” aku cepat-cepat menggelengkan kepala bagi menyakinkan Melisa.

          “Ye lah tu, tak apalah.  Orang tak nak kongsi dengan kita.  Soroklah macam mana pun mesti aku dapat tahu punya.  Tunggu la…” kata-kata Melisa yang berbaur mengugut.  Sememangnya dia begitu.  Pantang kalau aku berahsia apa-apa dengannya.  Mengamuk sakan nanti.  Teringat suatu peristiwa dulu masa aku berada di semester dua, seorang abang senior yang mahu berkenalan denganku.  Abang seniorku itu ada memberi aku sekeping nota perkenalan, namun tidak aku ceritakan pada Melissa.  Akhirnya terkantoi juga apabila Melissa menjumpai nota yang aku selitkan di dalam buku Perbankan Islam.

          Namun aku tidak menghiraukan semua itu.  Bebelan Melissa masih kedengaran di hujung telinga.   Aku hanya diam tidak berkutik.  Rasanya tidak perlu aku luahkan tentang perasaanku tika ini kerana aku sendiri tak pasti.  Rasanya tidak perlu wujud perasaan sebegitu dalam hati aku.  Dia adalah tunangan orang.  Tidak manis aku mengingati tunangan orang walaupun bak kata orang suami orang pun boleh dirampas, apa entah lagi baru bertunang.  Oh tidak!Oh tidak!Tidak akan aku bergelar perampas!Kumbang bukan seekor, bunga bukan sekuntum.  Dan yang paling penting aku kena sedar yang Irshad tidak pernah memberi harapan malah dia adalah orang yang paling ANTI aku.  Kalau pun dia berbuat baik dengan aku pun mesti bersebab.  Tidak lebih daripada itu.

         “Tolong sedar diri Syira..!!Lupakan dia…!Tak ada apa yang kau nak ingat..fokus untuk habiskan belajar je.  Perkara lain tolak ketepi.”  Jerit Syira di dalam hati.  Kalaulah jeritan itu boleh didengari Melissa di sebelahku, mahu sahaja dia terkejut beruk.  Aku tersenyum sendiri. 

            Bahuku ditepuk perlahan.  Rupanya makcik sebelah aku yang menepuknya.  Hilang lagi lamunanku.
‘Kacau daun betul.  Baru nak berkhayal.’  Bisik hati Syira

            “Woi, mak cik.  Kau mengelamun lagi.  Ini memang sah..parah betul penyakit kau ni..Cepatlah makan kuih ni.  Penat aku beli..”  Melissa sudah menghulurkan plastik merah kepadaku.

“Kuih buah Melaka..!?” jeritku seraya mengeluarkan kuih dari plastik.

           “Ye lah..Kau dah kenapa..?Pandang macam tak pernah tengok kuih ni je, kau tak makan ke?” soal Melissa ragu-ragu dan penuh kemusyilan.
Aku menggaru-garu kepala yang tidak gatal.

            “Taklah aku makan.  Tiba-tiba teringat seseorang.”  Jawabku acuh tak acuh.

          “Habis tu..!Tapi kau ingat dekat siapa ye?”  soal Melissa lagi ingin tahu.  Dia masih menanti dengan penuh harapan supaya aku bercerita.

            “Encik Irshad..Dia suka makan kuih ni..” Spontan jawapan itu keluar dari mulutku.

           “Syira, esok awak belikan kuih buah melaka tu lagi ye.”  Pesan encik Irshad suatu petang selepas aku memberi padanya beberapa kuih buih melaka yang aku beli di gerai makcik Senah berhampiran kawasan perumahanku.

         “Sedap betul.  Saya suka makan sebenarnya.  Mak saya rajin juga buat.”  Cerita encik Irshad walaupun tidak diminta.  Aku mendengar sahaja.  Dah orang mahu bercerita, layankan sahaja.

            “Irshad..?Oh..Inilah sebabnya kau termenung bagai..Kau syok dekat dia ke?Baik kau cerita dekat aku sekarang.  Tak payah nak sorok-sorok dengan aku lagi.  Are you falling in love?”

           Aku membuntang mata saat Melissa mengatakan samada aku menyukai pada Irshad.  Tidak mungkin.  Tapi...entah aku sendiri pun tak pasti dengan apa yang aku rasa.

      “Tak ada apa-apalah.  Kau pun tahu kan yang dia dah bertunang kan? jadi…” kata-kata aku terhenti disitu.

       “Jadi sekarang kau rasa yang kau tak mungkin dapat dia..tapi kau ada hati dekat dia kan?” Tanya Melisa dengan nada penuh serius masih mahukan jawapan pasti daripadaku.

      Aku hanya mampu mengangguk lemah untuk mengiakan tekaan Melissa.  Selagi aku tidak memberi jawapan padanya selagi itu dia akan tetap bertanyakan hal itu.  Buntu!

      “Kenapa kau tak cuba cakap pada dia apa yang kau rasa?Mana tahu dia ada rasa yang sama dengan kau..?”

        “Aku..??Nak cakap dengan dia yang aku suka dekat dia?Tak mungkin la...dah sah-sah aku ni bertepuk sebelah tangan.  Dia dah bertunang la..tak akan lah aku nak korbankan perasaan orang lain untuk jaga perasaan aku? Kalau dia terima aku tak apalah , kalau tak macam mana? tak…tak boleh..aku tak nak lagi rasa kecewa, biarlah kali ini cinta itu yang datang sendiri pada aku. Aku percaya yang tuhan dah tentukan jodoh yang terbaik untuk aku.”panjang lebar penjelasan aku kepada Melisa.

          “Lagi satu, takkan aku nak jadi perigi cari timba pula.  Kau betul ke tidak ni?Kawan aku ni tak waras suruh aku buat macam tu.”  Tanganku sudah diletakkan di dahi Melissa.  Pantas sahaja dia menepisnya.  Melissa memuncungkan mulutnya.

              “Ye..Jodoh tu ditangan tuhan tapi jodoh tu kena usaha juga kalau nak dapatkan dia.  betul tak?” soal Melisa kepada aku kerana dia seakan tidak berpuas hati dengan jawapan yang aku berikan.  Masih tidak mahu mengalah.  Dia kalau bercakap memang mahu menang sahaja.

             “Itu kalau orang tu suka juga dekat kita.  Ini bertepuk sebelah tangan, lagi pun dia tunang orang la Melisa..dah  kau tak payah tanya banyak-banyak.  Aku memang dah buat keputusan muktamad yang aku akan lupakan dia.  Lagi pun dia dah jadi sejarah je kut.. Sejak dia hantar aku balik masa kita orang keluar sama hari tu, dia tak pernah contact aku pun. Nampak sangat kan yang dia tak perlu aku dan aku pasti dia dah cukup bahagia dengan tunang dia tu.”  Kataku lemah.

              “Tapi..” kata Melisa yang masih ingin aku berbuat sesuatu supaya cinta aku berbalas.

            “Tak ada tapi-tapi lagi…cukup la aku tak nak fikir lagi.  Apa yang aku tahu nak habiskan belajar yang tinggal tak berapa bulan ni.  Lepas tu kerja dah akhir sekali aku baru fikir hal kahwin.  Tapi tak tahulah kalau ada orang meminag aku awal, awal lah aku kawin..” Seloroh aku kepada Melisa untuk memecahkan keresahan yang ada di dalam hati aku ini.  Aku tersenyum kelat. 

            “Kau pasti..?Aku nak kau tahu aku ada bila-bila masa kalau kau nak cerita atau apa-apa pun kau boleh cari aku janganlah pendam sorang-sorang..kata kawan kena lah share..”  Melissa sudah tersenyum riang.

        Mendengarkan kata-kata Melisa tadi membuatkan aku rasa akulah orang yang sangat beruntung kerana mempunyai sahabat yang sejati.  Dia sentiasa ada di saat aku susah dan senang.  Sentiasa bersikap prihatin terhadap diriku.  Bila aku berada dalam keresahan, dia pasti bertanya.  Seolah-oleh dapat membaca isi hatiku.

           “Ya..aku sangat-sangat pasti..Aku akan cuba lupakan dia.  Itu adalah penyelesaian yang terbaik untuk masalah aku ni, perasaan ini tak patut pun wujud dari awal lagi dan disebabkan itu juga aku dah suruh ibu carikan jodoh untuk aku senang tak payah nak pening-pening nak cari kan..?”

   Melissa sekadar tersenyum mendengar kata-kataku.  Senyuman yang agak sinis darinya sambil mengerlingkan matanya terhadap aku.  Mungkin dia tidak mempercayai setiap bait kata-kataku.

    “Agak-agaklah kalau kecewa pun tak payahlah buat keputusan sampai macam tu sekali..”  kata Melissa seraya bangun dari kedudukannya dan berlalu meninggalkan aku terpinga-pinga.

     “Tak percaya pulak..!Tapi yang aku cakap pasal suruh mak aku cari jodoh tu betul tau..” jerit aku kepadanya yang sudah beberapa langkah meninggalkanku.

       Melisa tidak menghiraukan kata-kataku dan terus mengatur langkahnya.  Mungkin dia tidak percaya dengan apa yang aku katakan namun itulah yang hakikatnya. Walaupun aku tahu apa yang diucapkan bukanlah lahir daripada hati dan pemikiran yang waras. Namun, itu sahaja langkah yang terbaik yang sepatutnya aku ambil sebagai perisai kepada hati aku agar tidak terus terluka.  Aku bangkit dari duduk dan terus berlari-lari anak mengejar Melissa yang sudah menjauh.





Wednesday, September 18, 2013

Bersahabat Tanpa Batas Umur...

Bab 6 : Kisah Cinta Kita

ASSALAMUALAIKUM...

       Setelah seharian berjalan dan membeli-belah, kini masanya untuk Irshad menghantar aku pulang. Dalam perjalanan pulang aku terasa begitu letih.  Mahu sahaja dilelapkan mataku ini.  Namun ada satu persoalan yang bermain diminda.
Encik…kalau saya tanya sikit boleh tak?” Tanyaku kepada Irshad yang ketika itu sedang kusyuk memandu.
Nak tanya apa? Tanya je la..”jawab Irshad yang masih meneruskan pemanduannya.  Tanpa menoleh ke arahku di sebelahnya.
Kenapa encik takut sangat kalau saya bagi tahu yang encik salah masuk tandas hari tu?Bukan apa pun kan?Sampai sanggup encik belikan dan belanja saya macam-macam..”
Mestilah takut. Saya kena jaga reputasi saya..agak-agak awak la apa yang dia orang akan buat bila dengar cerita saya termasuk toilet perempuan tu? mesti punya diaorang gelakkan saya guling-guling memang tak lah kan? ” persoalan yang berbalik terhadap aku
Aku hanya mampu senyum mendengar penjelasan yang di berikan olehnya.
Syira..boleh saya tanya sikit?Hal ini agak peribadi tapi kalau awak tak nak jawab pun tak apa..”  kata Irshad dengan suara mendatar.
Busybody jugak encik ni ek??: kataku spontan membuat Irshad diam seketika.

"Tak adalah.  Saya bergurau je kut.  Tanyalah.”  sambungku lagi seakan memujuk.  Mungkin dia terasa dengan kata-kataku.
Awak tak ada kekasih hati atau someone special??” Tanyanya sambil mengenyitkan mata kepada aku.
Ow…emmm…dulu penah adalah…tapi sekarang dah tak lagi..” jawabku sambil membelek-belek telefon yang berada di tangan.
Sebabnya dan tak nak cari pengganti ke..?”
Adalah..malas nak cakap benda yang dah lepas.  Lagipun malas nak fikir.  Buat tambah sedih buat apa…pengganti ea…kalau nak cari pengganti pun bukan pengganti ‘boyfriends’ tapi saya mencari seorang lelaki yang boleh dijadikan suami terus.. saya tak nak lagi dah rasa kecewa putus cinta ni..kalau pilihan ibu dan abah pun saya terima bak kata orang kalau pilihan ibu bapa ni berkat, tak ada mak ayah yang nak tengok anak dia derita jadi kalau dia pilih mesti yang terbaik.” panjang lebar penjelasan yang aku berikan dan ianya adalah yang sejujurnya dari hati aku.
Dari riak wajahnya, dia seakan teruja dengan apa yang aku katakan tadi.
Walaupun awak tak kenal..?” memandang kearah dengan penuh tanda tanya.  Seperti mahukan suatu kepastian.
Ya…kalau ibu abah setuju jadi saya pun setujulah saya akan buat apa sahaja janji mereka gembira..” aku menjawab sambil senyum kearah nya.
Emm..uhhh..” itu sahaja yang keluar dari mulut Irshad sambil tersenyum.
Sedang asyik berbual-bual hingga tidak sedar bahawa kereta Irshad sudah diberhentikan di hadapan rumah aku.  Tiba-tiba hati ini terasa berat untuk aku melangkah keluar.
Sebelum turun Irshad sempat memberikan satu kotak yang berisi bebola salji yang terdapat perkataan love yang berwarna merah. Aku hanya merenung kearahnya mencari jawapan disebalik pemberiannya itu. Namun semua itu aku pinggirkan setelah aku melihat ibu dan abah yang sudah berdiri di muka pintu.
Ok lah encik…terima kasih jangan risau ye. Rahsia encik selamat…” kataku sambil tergelak kecil lalu keluar dari kereta.
Betul selamat..? sama-sama, cukup tak tu kalau tak cukup saya beli kan lagi?” katanya yang cuba memerli aku.
Ya..selamat, kalau tak cukup saya mintak lagi bukan susah pun..” aku menundukkan badanku sedikit lalu menjawab sekadar mahu membalas kata-katanya.
Irshad tersenyum sinis mendengar kata-kata aku..
Saya balik dulu ye pakcik, makcik dah malam ni..” Irshad yang turun bersalaman dengan abah dan ibu yang kini sudah berada betul-betul di hadapan pintu pagar.
A’ha… baik-baik bawa kereta” jawab abah aku.
Selepas bersalaman, Irshad kembali ke dalam kereta.  Pedal minyaknya ditekan dan kemudian keretanya hilang dari pandanganku.